DKSH Malaysia, Kino Biotech jalin kerjasama
Edar rangkaian produk kesihatan dan kesejahteraan inovatif di bawah jenama subsidiari Kino Biotech iaitu Kinohimitsu di seluruh Malaysia.

KUALA LUMPUR, 3 Mei 2025 – Unit Perniagaan Barangan Pengguna DKSH, rakan kongsi utama syarikat yang ingin mengembangkan perniagaan barangan pengguna mereka di Asia dan seterusnya memeterai kerjasama strategik dengan Kino Biotech (M) Sdn. Bhd., sebuah syarikat bio-nutraseutikal dan kosmeseutikal terkemuka, untuk mengedarkan rangkaian produk kesihatan dan kesejahteraan inovatif di bawah jenama subsidiari Kino Biotech iaitu Kinohimitsu di seluruh Malaysia.
Kerjasama ini menandakan satu kolaborasi strategik untuk memperluaskan jangkauan jenama di Semenanjung dan Malaysia Timur melalui rangkaian pengedaran yang luas serta kepakaran pemasaran oleh DKSH.
Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, DKSH akan menyediakan perkhidmatan Pengembangan Pasaran (Market Expansion Services) yang menyeluruh, termasuk jualan, aktivasi lapangan, pengedaran dan logistik serta pengurusan kredit dan pengutipan, bagi memastikan pengedaran produk kecantikan
dan kesejahteraan berfungsi Kinohimitsu seperti WellSure, SuperFood, Wellness Supplements, Bird’s
Nest, dan rangkaian Immunity berjalan dengan lancar.
Berdasarkan rekod pencapaian DKSH dalam mengembangkan jenama dan pengedaran di rantau ini, kerjasama ini akan fokus kepada memperluaskan akses produk Kinohimitsu melalui saluran Perdagangan Moden, termasuk pasar raya besar, pasar raya, kedai serbaneka dan rangkaian pasar mini.
Liputan komprehensif ini memastikan pengguna dapat mengakses penyelesaian kesihatan inovatif
Kinohimitsu di tempat mereka berbelanja.
Ketua Pegawai Operasi Kino Biotech, Jennifer Chin berkata: “Melalui kerjasama dengan DKSH, produkproduk di bawah jenama subsidiari kami, Kinohimitsu, kini berkembang ke seluruh negara, meneroka
ruang pasaran baharu dan membuka peluang yang sebelum ini belum diterokai, membolehkan lebih
ramai pengguna menikmati rangkaian produk kami.”
Naib Presiden, Barangan Pengguna Bergerak Pantas di DKSH Malaysia, Daniel Schwalb berkata: “Kerjasama ini bukan sekadar memperluaskan penawaran produk Kino Biotech khususnya Kinohimitsu, ia adalah tentang memperkayakan kehidupan manusia dengan menyediakan suplemen berfungsi yang membantu mereka menjalani kehidupan yang lebih sihat dan gembira.