KUALA LUMPUR, 4 Jun 2024 – Trip.com Group menetapkan sasaran untuk pertumbuhan transformatif pada Persidangan Rakan Kongsi Global Envision 2024 sambil berkongsi visi strategik dengan lebih 1,600 rakan kongsi dari lebih 50 negara dan wilayah.
Persidangan itu memberikan tumpuan pada tema inovatif iaitu “Melakar Langkah Seterusnya untuk Pertumbuhan Kita Bersama”.
Visi ini turut mendedahkan gerakan trend dan peluang penting yang akan memacu industri pelancongan ke hadapan.
Seiring pergerakan industri pelancongan yang sedang keluar daripada fasa pemulihan dan memasuki tempoh pertumbuhan pesat, timbul satu perkara yang berlegar di fikiran semua: “Apa yang akan berlaku selepas ini?”
Persoalan ini disambut dengan nada positif dan bersemangat dalam persidangan tersebut yang akan memberikan tumpuan pada kawasan pertumbuhan masa depan.
Pelaburan yang berterusan dalam inovasi dan kemajuan teknologi muncul sebagai strategi penting terutamanya dengan penekanan khusus yang diberikan terhadap potensi bersifat transformatif AI.
Pengasas bersama dan Pengerusi Trip.com Group, James Liang menekankan peranan utama inovasi sebagai pemacu dalam barisan hadapan industri pelancongan.
Beliau memetik TripGenie, sebuah pembantu perjalanan AI dalam Trip.com sebagai salah satu cara inovatif bahawa teknologi dapat merevolusikan perancangan perjalanan dan proses tempahan.
“Setiap industri perlu terus melakukan inovasi dan industri pelancongan tidak terkecuali. Kami sentiasa menjalankan inovasi dari segi kecekapan, kualiti, perkhidmatan pelanggan dan pemasaran. Sebagai contoh, AI seperti TripGenie dapat meningkatkan perkhidmatan pelanggan dan pemasaran dengan mengintegrasikan
teknologi dan kandungan.
“Gabungan kecekapan ini dapat menyediakan nilai yang terbaik buat pelanggan kami,” katanya.
James Liang juga menekankan kesan meluas AI terhadap industri pelancongan, meningkatkan produktiviti, meningkatkan perkhidmatan pelanggan dan menyediakan cadangan perjalanan yang diperibadikan secara khusus kepada pengguna.
Sebagai contoh, senarai yang disusun oleh AI daripada Trip.com dapat menyediakan tawaran dalam kedudukan teratas serta tawaran terbaik kepada pelancong.
Kelebihan ini meningkatkan tahap pemeribadian pada setiap peringkat pelancongan dengan bantuan AI.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Trip.com Group, Jane Sun mengumumkan bahawa Trip.com Group telah mencapai pertumbuhan luar biasa pada tahun 2023.
Pertumbuhan antarabangsa Trip.com Group luar jangka dan membanggakan pada tahun lepas dengan menunjukkan kadar 100 peratus tahun ke tahun.
Suku pertama 2024 juga telah menunjukkan permulaan yang kukuh. Trip.com menjana pendapatan dengan
pertumbuhan lebih daripada 80 peratus tahun ke tahun.
Dalam ucapannya, beliau turut berkongsi rancangan untuk pelaburan yang signifikan di rantau Asia Pasifik serta di seluruh dunia.
Rancangan ini meletakkan usaha Syarikat untuk memanfaatkan peluang yang lebih baik di peringkat global.
Selain itu, Trip.com Group telah menjalin perkongsian strategik dengan biro pelancongan, rangkaian hotel utama, syarikat penerbangan, pengendali kereta api dan penyedia pelancongan tempatan di seluruh dunia.
Pada masa ini, syarikat itu mempunyai lebih daripada 1.7 juta penginapan global berdaftar, penerbangan daripada lebih 600 syarikat penerbangan dan rangkaian lebih daripada 90,000 rakan kongsi ekosistem yang termasuk lawatan berkumpulan, tarikan dan penyedia sewaan kereta.
Dalam persidangan tersebut, syarikat ini turut berkongsi tentang potensi China yang semakin berkembang dalam arena pelancongan global.
Perkembangan ini didorong oleh kelonggaran sekatan pelancongan tanpa visa, kemudahan pembayaran dan strategi promosi pelancongan seperti lawatan transit persinggahan percuma yang dilancarkan di Shanghai dan kempen pemasaran yang mempamerkan tarikan negara itu yang mampu menarik pelancong untuk melawat ke China.
Trip.com Group juga mengukuhkan komitmen mereka untuk perkhidmatan pelanggan terbaik sambil mengakui bahawa sentuhan manusia adalah kunci untuk memastikan pelancong dapat menikmati percutian yang indah.