Fakulti Pengurusan dan Perniagaan UiTM Kampus Rembau perkukuh hubungan masyarakat setempat

Fakulti Pengurusan dan Perniagaan UiTM Kampus Rembau meneruskan Program 3 Bijak bagi memperkasa komuniti melalui pendidikan kewangan, perbelanjaan berhemah dan kesedaran terhadap ancaman penipuan.

Feature Image

KUALA LUMPUR, 14 Oktober 2026 – Fakulti Pengurusan dan Perniagaan UiTM Kampus Rembau hari meneruskan Program 3 Bijak, Bijak UrusWang, Bijak Belanja, Bijak Tangani Ancaman Scamm kerana melihat universiti perlu bertindak sebagai enjin kritikal untuk kemajuan sosial, pembangunan ekonomi dan tanggungjawab sivik apabila menghubungkan teori akademik dengan impak komuniti dunia sebenar.

Di institusi pengajian tinggi pendidikan harus dilihat oleh masyarakat sebagai bukan sahaja pintu masuk kepada kejayaan peribadi dan profesional. Walaupun kelebihan peribadi, seperti peluang kerjaya dan pertumbuhan, sering ditonjolkan, di FPP fakulti ini tidak mahu terlepas pandang bagaimana institusi pendidikan tinggi juga seharusnya memberi impak kepada masyarakat secara keseluruhan.

Fakulti Pengurusan dan Perniagaan amat menghargai hubungan baik antara komuniti setempat iaitu daerah Rembau dan cuba sebaik mungkin memberi faedah yang lebih luas melangkaui pencapaian individu dan menyumbang kepada masyarakat agar meningkat kebolehannya, bermaklumat dan adil.

Dengan memahami impak yang lebih besar ini, universiti dapat mendorong warga mereka untuk terus mendampingi masyarakat dan akhirnya membangunkan pencapaian mereka ke peringkat lebih tinggi, kerana merasakan bahawa mereka adalah sebahagian daripada misi yang lebih besar university iaitu untuk memperbaiki komuniti setempat.

Pengerusi Program, Prof.Madya Dr ‘Ismah Osman berkata pensyarahkana Fakulti Pengurusan dan Perniagaan UiTM Puncak Alam berpandangan bahawa hubungan ekosistem yang baik antara universiti dan masyarakat sosial seharusnya menyediakan peluang kepada masyarakat setempat untuk kegiatan pembelajaran sepanjang hayat untuk membangunkan kemahiran perusahaan.

Kemahiran ini boleh digunakan dalam semua jenis perniagaan, dan ini bertepatan untuk membangunkan ekonomi masyarakat setempat. Tambah beliau aktiviti sebegini menawarkan peluang kepada kakitangan universiti untuk membangunkan penyelesaian masalah komuniti dalam bidang minat mereka sendiri.

Program sebegini juga membolehkan universiti berinteraksi dan menawarkan penyelesaian kepada perniagaan tempatan atau sebagai tindak balas kepada isu-isu tempatan dan bekerjasama rapat dengan komuniti.

Universiti Tonggak Teras Masyarakat Rembau

Fakulti Pengurusan dan Perniagaan UiTM Kampus Rembau dapat melihat bahawa penciptaan pengetahuan & penyelesaian berasaskan penyelidikan penting untuk melibatkan masyarakat setempat. Universiti tidak boleh memisahkan penyelidikan berasakan kemasyarakatan dalam menangani cabaran masyarakat yang mendesak, termasuk kesihatan awam, kemampanan alam sekitar, inovasi teknologi dan dasar ekonomi.

Selain itu fakulti ini juga melihat latihan modal insan & kepimpinan dapat disalurkan secara terus kepada masyarakat melalui memperbanyakkan program bersama komuniti setempat begini.Aktiviti sebegini bagi institusi pengajian tinggi seperti UiTM Kampus Rembau pula dapat melatih warganya lebih menghargai masyarakat lingkungan denagn hubungan yang begitu profesional, menjadikan mereka pemikir kritis dan pemimpin beretika yang dapat meningkatkan ekosistem sosial dan keupayaan masyarakat setempat.

Selain ini Ketua Puasat Pengajian Fakulti Pengurusan Perniagaan UiTM Negeri Sembilan,Puan Farrah Othman berharap program kemasyarakatan sebegini juga akan membawa impak ekonomi & infrastruktur kepada masyarakat tempatan.

Beliau berpendapat sebagai institusi pendidikan utama negara, masyarakat tidak harus dipisahkan daripada peranan universiti sebagai hab penyelidikan. Menurut beliau universiti seharusnya memacu pertumbuhan ekonomi tempatan, membangukan perusahaan hiliran dan bekerjasama dengan sektor industri.

Semoga dengan memperkasa program sebegini komuniti daerah Rembau akan berkembang maju disamping perkembangan Kampus UiTM Rembau itu sendiri. Pendidikan tinggi akhirnya dapat memupuk kemahiran kepimpinan dan melengkapkan masyarakat untuk mengambil peranan yang memacu pembangunan komuniti dan pembuatan dasar.

Program ini turut di sertai oleh beberapa pensyarah kanan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan Kampus Rembau dan Kampus Puncak Alam. Universiti akhirnya memainkan peranan penting dalam komuniti mereka dengan mewujudkan kemakmuran melalui perkembangan ilmu dan pembangunan tempatan.