DKSH, Sunward bekerjasama perluas jangkauan produk kesihatan di Semenanjung

PETALING JAYA, 26 Jun 2024 – Unit Perniagaan Perawatan Kesihatan DKSH, rakan strategik terkemuka bagi syarikat-syarikat yang ingin mengembangkan perniagaan penjagaan kesihatan mereka di Asia dan seterusnya menjalin kerjasama dengan Sunward Pharmaceutical di Malaysia, salah satu pengeluar farmaseutikal generik terbesar di Singapura dan Malaysia untuk meningkatkan aksesibiliti lima produk berkualiti tinggi Sunward dari rangkaian produk “Psikotropik dan Dadah Berbahaya” mereka di seluruh Semenanjung.

Kerjasama itu bertujuan untuk memanfaatkan kepakaran khusus DKSH Malaysia dalam perkhidmatan pengembangan pasaran, mengoptimumkan kecekapan rantaian bekalan dan memastikan pengedaran lancar produk berkualiti tinggi dan kompetitif Sunward merentasi pelbagai saluran pengedaran seperti farmasi bebas, hospital swasta dan awam, serta pengamal am.

Pengarah Urusan di Sunward, Jung Jiunn Der berkata: “Kami memilih DKSH Malaysia sebagai rakan kongsi kami kerana kami percaya kepada keupayaan mereka untuk memajukan tujuan kami meningkatkan kesihatan dan kualiti hidup dengan memastikan aksesibiliti kepada produk berkualiti tinggi kami.

“Perkongsian strategik ini mencerminkan matlamat bersama kami untuk pertumbuhan dan kejayaan.

“Hasil sokongan DKSH, kami berharap untuk usaha kolaboratif yang akan memajukan kejayaan berterusan Sunward.”

Sementara itu, Ketua Pengurusan Negara dan Naib Presiden Healthcare, DKSH Malaysia, Sandeep Tewari menambah: “Perkongsian ini mencerminkan komitmen bersama kami terhadap inovasi, pertumbuhan,
dan penyampaian produk farmaseutikal yang luar biasa kepada khalayak yang lebih luas.

“Ia menunjukkan komitmen kami untuk menyokong pengeluar farmaseutikal Malaysia dan seterusnya mengukuhkan komitmen kami untuk menyediakan penjagaan kesihatan untuk semua demi memperkayakan kehidupan masyarakat.”