N2 Hornets Julang Piala Kejuaraan Ragbi Eagles Development Series 2026
PUTRAJAYA, 26 Jun 2026 – N2 Hornets, atau lebih dikenali sebagai N2 Hornets Rugby Club, terus mengharumkan nama SMK Putrajaya Presint 9(2) apabila muncul juara kategori Cup dalam Kejohanan Ragbi 10 Sebelah yang berlangsung di SMK Telok Datok, Banting, baru-baru ini.
Kejayaan tersebut membuktikan kemampuan pasukan itu untuk bersaing di peringkat kompetitif, sekali gus mengukuhkan reputasi N2 Hornets sebagai antara kelab ragbi sekolah yang berpotensi melahirkan pemain-pemain berbakat.
Kejohanan berprestij itu menghimpunkan pelbagai pasukan pelapis dari beberapa sekolah, menjadikan persaingan cukup sengit. Namun, N2 Hornets berjaya menampilkan aksi yang konsisten sepanjang kejohanan sebelum menamatkan saingan dengan menjulang kejuaraan kategori Cup.
Kemenangan ini bukan sahaja menjadi kebanggaan warga SMK Putrajaya Presint 9(2), malah menjadi bukti bahawa hasil latihan berterusan, disiplin tinggi dan semangat berpasukan mampu membuahkan kejayaan di gelanggang.
Menurut Kapten Pasukan, Adam Eyrfan, 15 tahun, “Kemenangan ini membakar semangat kami untuk terus berlatih dan cuba memberikan kecemerlangan di masa hadapan,” katanya.
Pencapaian tersebut diharapkan menjadi pemangkin kepada N2 Hornets untuk terus melakar lebih banyak kejayaan dalam kejohanan-kejohanan akan datang, selain menjadi inspirasi kepada warga sekolah dan pemain-pemain muda yang bercita-cita mengharumkan nama sekolah dalam sukan ragbi.
Dengan semangat juang yang dipamerkan, N2 Hornets sekali lagi membuktikan bahawa mereka bukan sekadar sebuah kelab ragbi sekolah, tetapi sebuah pasukan yang mampu bersaing dan mencipta kejayaan di pentas kejohanan berprestij.
