Langgar arahan polis pengiring boleh dipenjara tiga tahun – KPN

KUALA LUMPUR – Pindaan terhadap Seksyen 21 Kanun Keseksaan (KK) yang dibentangkan di Dewan Rakyat mempunyai kuasa sama seperti Seksyen 186 Kanun Keseksaan iaitu pematuhan tugas di jalan raya.

Justeru, hukuman bakal dikenakan terhadap mana-mana orang yang melanggar peraturan tersebut iaitu boleh dikenakan penjara tiga tahun ekoran kesalahan itu sama seperti menghalang tugas penjawat awam, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Razaruddin Husain.

Mengulas lanjut, Razaruddin berkata, polis jarang menggunakan Seskyen 21 KK disebabkan adanya Seksyen 186 KK.

“Tapi, sekiranya ada Seksyen 21 pindaan yang baru ini saya rasa tak jadi masalah, kita boleh guna dua-dua sekysen ini… kita tengok mana yang lebih baiklah, yang lebih afdal kita gunakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas selesai upacara pemakaian pangkat dan menyaksikan upacara serah terima tugas membabitkan bekas Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid dan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa.

Razaruddin diminta mengulas mengenai Seksyen 21 KK yang dibentang di Parlimen baru-baru.

Sekysen tersebut mempunyai kaitan dengan pematuhan arahan polis pengiring yang mengiringi orang kenamaan.

Menurut Razaruddin lagi, memang ada keperluan untuk seksyen itu dipinda.

“Kalau ada yang tak puas hati di Parlimen telah pun dibincangkan, bukan di sini. Saya tak boleh buat polisi, that one is goverment di Parlimen,” ujarya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *