UiTM Kampus Rembau rangka strategi pengupayaan graduan baharu sebagai tenaga kerja

FPP telah mengadakan perbincangan bersama KWSP cawangan Negeri Sembilan untuk menganjurkan beberapa program secara bersama.

Feature Image (2)

KUALA LUMPUR, 29 Julai 2026 – Sebagai sebauah fakulti yang terdedah dengan pembaharuan kaedah perniagaan yang kerap, Fakulti Pengurusan & Perniagaan (FPP) Universiti Teknologi MARA (UiTM) UiTM Kampus Rembau sentiasa mengambil inisiatif untuk memastikan pengetahuan para graduan fakulti ini berada sejajar dengan perkembangan semasa.

Menyedari perkara ini, FPP telah mengadakan perbincangan bersama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) cawangan Negeri Sembilan untuk menganjurkan beberapa program secara bersama bagi mempersiapkan para graduan dengan cabaran dunia pekerjaan.

Ini memandangkan kedua-dua pihak menyedari bahawa syarikat-syarikat hari ini bukan sahaja mencari graduan berijazah, malah mereka juga mencari individu yang boleh melangkah terus ke tempat kerja, memahami cabaran sebenar dan menyumbang dari hari pertama.

Perubahan ini telah mengubah sepenuhnya cara pendidikan dilihat, menjadikan graduan yang sedia untuk tenaga kerja sebagai pilihan paling digemari oleh perekrut merentasi sektor.

Satu Program yang dinamakan “Program Kerja Masa Hadapan” dijangkakan akan diadakan pada semester mendatang bagi melengkapkan para graduan baharu bagaimana mengurus dan mengatur kewangan mereka apabila memasuki dunia pekerjaan kelak.

Ketua Pusat Pengajian FPP UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Farrah Othman menegaskan program ini akan meletakkan tumpuannya untuk mewujudkan graduan yang bersedia bekerja melalui gabungan akademik, amalan dan pendedahan yang kukuh kepada persekitaran pekerjaan yang sebenar dan cabarannya.

“Matlamatnya mudah, untuk memastikan pelajar bukan sahaja belajar untuk peperiksaan tetapi juga bersedia untuk kerjaya sebenar,” katanya.

Untuk sesi pemulaan, program ini akan memberikan tumpuan pada pelajar semester akhir yang bakal memasuki gerbang alam pekerjaan sekiranya tidak meneruskan pengajian.

Jangkaan Majikan yang Berubah

Menurut Ketua Perhubungan dan Penasihat di KWSP Negeri Sembilan, Mohd Zaki Omar, secara jujurnya syarikat hari ini tidak mempunyai masa atau sumber untuk melatih pekerja baharu dari awal.

“Mereka menjangkakan calon sudah memahami dinamika tempat kerja, piawaian komunikasi dan pendekatan penyelesaian masalah,” katanya.

Di sinilah pendidikan yang sedia untuk kerjaya menjadi penting. Majikan kini lebih suka graduan yang telah melangkaui teori dan berpengalaman dalam pendidikan berorientasikan industri semasa pengajian mereka tambah beliau.

Tempat kerja moden memerlukan graduan yang bersedia bekerja yang boleh menyesuaikan diri dengan cepat, bekerja dalam pasukan, menangani tekanan dan berfikir secara kritis. Inilah sebabnya mengapa konsep pembelajaran bersepadu industri bukan lagi pilihan tetapi perlu.

Adalah menjadi harapan FPP agar usaha ini dapat memberi kesedaran kepada para mahasiswa yang mereka memerlukan pendedahan kepada pembelajaran dunia sebenar pekerjaan di mana mereka memahami bagaimana perniagaan beroperasi dalam praktiknya. Tanpa ini, skor akademik yang terbaik juga mungkin tidak dapat diterjemahkan kepada kebolehpasaran.

Ini adalah sebab utama kenapa usaha menyediakan graduan yang bersedia untuk korporat dan pendidikan universiti yang berfokus pada kerjaya telah ditingkatkan dengan ketara di seluruh dunia.

Perbincangan yang berlansung ini juga disertai oleh beberapa ahli Kumpulan penyelidik EMLD dariFPP dan pegawai-pegawai dari KWSP Seremban, Fikri Abu Talib dan Atiqah.