Rahsia untuk memperbaiki diri seiring tahun baharu

Terdapat juga masalah yang lebih mendalam dengan usaha untuk transformasi tanpa periksa keupayaan, yang menjelaskan mengapa ia jarang berfungsi seperti yang dimaksudkan.

Poster Terkini

SUDAH tiba masanya untuk merangka semula perancangan atau mungkin lebih tepat lagi, bersedia mencipta semula jalan. Ada yang ingin membeli buku diet, merangka rutin pagi yang baharu, mencari laman sesewang ahli terapi atau membeli kabinet simpanan untuk rumah yang akan disusun dengan sempurna tidak lama lagi.

Seperti semua percubaan transformasi diri yang terjadi pada setiap tahun baharu atau sebaliknya, inilah masa yang paling menyeronokkan.

Kita akan lihat ramai mengalami keterujaan menjadi orang yang sama sekali berbeza, tanpa perlu berusaha dan tanpa gagal. Seperti salji awal pagi yang belum pernah dilalui, visi tentang siapa diri kita agar kekal murni.

Namun, biasanya, sesuatu di dalam diri hanya kita dan tuhan mengetahui kebenarannya. Dalam masa beberapa hari lagi kemudiannya, semua akan berubah menjadi lumpur kelabu yang tidak menyenangkan.

Perubahan Yang Gagal

Penyataan peribadi baharu gagal sebahagiannya atas sebab-sebab yang jelas. Kita yang menetapkan matlamat terlalu tinggi tanpa melihat keupayaan sebenar kita. Kewajipan sedia ada kita di tempat kerja atau di rumah perlu kita utamakan. Adakah kita dapat membayangkan keadaan sebenar ekosistem kehidupan kita akan terganggu dengan perubahan yang kita ingin lakukan?

Adakah juga kita dapat membayangkan bahawa tahap disiplin diri yang tidak mengagumkan dalam diri kita yang telah kita tunjukkan sepanjang hidup kita sehingga saat ini tidak dapat digandakan secara ajaib tiga kali ganda dalam sekelip mata.

Selain itu, terdapat juga masalah yang lebih mendalam dengan usaha untuk transformasi tanpa periksa keupayaan, yang menjelaskan mengapa ia jarang berfungsi seperti yang dimaksudkan.

Jadi mengapa, apabila tahun 2026 bermula, kita tidak boleh menerima versi diri kita sedia ada dengan segala kekusutan dan ketidaksempurnaannya yang belum mampu kita selesaikan. Mungkin ini merupakan perkara paling transformatif yang pernah dan perlu kita lakukan.

Definasi Imej Diri Baharu

Intipati masalahnya ialah kaedah mentafsir apa definasinya membina imej diri baharu? Sama ada dalam setiap aspek kehidupan atau hanya satu aspek utama seperti hubungan kita dengan anak-anak kita atau kesihatan fizikal kita. Ini adalah dijana dari diri kita yang lama. Jika tidak tidak menilai perkara ini, mengapa kita bersusah payah membayangkan sesuatuyang baharu?

Kita hanya akan merosakkan pencapaian yang lama untuk mendapatkan sesuatu yang baharu yang belum tentu kita dapat. Adakah kita mempunyai sebab yang baik untuk mempercayai pemikiran watak yang meragukan ini tentang penciptaan semula imej baharu di tahun bahatu?

Malah, kemungkinan besar kita kan terjebak menggunakan apa yang kelihatan seperti ‘penciptaan semula’ untuk mengukuhkan masalah lama.

Sebagai contoh, ikrar kita untuk menjadi lebih produktif tahun ini mungkin berpunca daripada kepercayaan lama kita bahawa kita wajib memenuhi setiap permintaan yang dibuat oleh orang di sekeliling kita, sedangkan cara yang lebih baik untuk maju mungkin dengan mula mengecewakan beberapa orang secara strategik.

Begitu juga, niat kita untuk menjadikan tahun ini sebagai tahun kita menemui kejayaan pendidikan kita mungkin hanya mewakili keyakinan kita bahawa kita tidak mempunyai apa yang diperlukan untuk menghadapinya sendiri. Walaupun ia berjaya, apa yang dipanggil penciptaan semula hanya akan mengukuhkan status quo kerana kejayaan lama bakal kita lepaskan.

Tiada siapa yang bangun pada waktu pagi, melihat ke cermin dan berkata, “Saya rasa saya akan mengulangi kesilapan saya hari ini atau saya menjangkakan hari ini saya akan melakukan sesuatu yang bodoh, berulang, regresif dan bertentangan dengan kepentingan terbaik saya tetapi selalunya, replikasi sejarah inilah yang kita lakukan,” menurut seorang pakar psikoanalis Jungian, James Hollis.

Transformasi Diri

Walaupun kita akan gagal melakukan transformasi personaliti sepenuhnya untuk tahun baharu kerana ia melibatkan pencapaian yang mustahil untuk berubah dari kehidupan kita sendiri tetapi mungkin kita akan berasa lebih teruk kalau kehilangan kehidupan yang telah miliki untuk sesuatu yang tiada kepastian.

Alternatif kepada penciptaan semula imej adalah dengan membuat komitmen sepenuh hati untuk menerima siapa diri kita. Walaupun mungkin kedengaran agak keterlaluan atau paling baik seperti kehidupan yang biasa-biasa sahaja.

Tiada jalan untuk berpatah balik. Kita tidak akan pernah membuang masa untuk kita katakan kepada diri sendiri bahawa kita telah membuang masa menjalani kehidupan pada tahun 2025 tetapi adalah lebih baikmemperbaiki perkara buruk yang telah anda lakukan sepanjang tahun lalu dan mencipta kejayaan baharu dengan imej lama.

Ini adalah kerana masa terbahagi kepada tiga keadaan, semalam adalah hari yang kita tinggalkan untuk pengajaran, hari ini adalah perjuangan, esok adalah hari untuk kejayaan baharu.