Pastikan strategi komunikasi parti politik tepat bagi menghadapi cabaran pilihan raya tidak ketentuan

Parti politik perlu memahami identiti pengikut, mengenal pasti keperluan khalayak dan bertindak pantas bagi membina komunikasi yang lebih relevan.

Poster Terkini

MENGENALI peribadi sahaja kini tidak mencukupi untuk mencipta kesetiaan pengikut parti politik yang relevan. Suatu strategi komunikasi yang dirangka perlu memahami siapa kumpulan sasaran organisasi, membaca isyarat khalayak dan perlu mengambil tindakan tepat pada masanya.

Ketiga-tiga asas ini merupakan faktor penentukenapa parti politik hari ini beralih daripada sekadar mengenali golongan pengikut mereka kepada turut memahami keperluan mereka.

Relevansi dalam perkembangan politik sebenarnya memerlukan lebih daripada sekadar data pengikut. Kini parti politik perlu cuba memahami siapa pengikut mereka terutama golongan muda, mengenali isyarat yang menunjukkan keperluan atau niat mereka, dan dapat menawarkan tawaran dan tindakan pada masa yang tepat.

Oleh itu, terdapat tiga asas utama untuk membina tahap relevannya dalam strategi, iaitu memahami identiti bakal pengikut, memahami isyarat khalayak yang bermakna , dan bertindak pada masa yang tepat.

Memahami Siapa Kumpulan Yang Ingin di Pengaruhi

Asas pertama untuk membina strategi yang relevan adalah memahami khalayak sasaran sesebuah parti politik secara holistik. Pemahaman ini perlu melangkaui segmentasi persona atau demografi, tetapi juga keupayaan organisasi untuk mengenali khalayak yang sama merentasi pelbagai titik interaksi.

Di sinilah penyelesaian identiti penting, keupayaan untuk menghubungkan aktiviti berbeza yang sebenarnya berasal dari khalayak yang sama, walaupun ia berlaku melalui saluran atau sistem yang berbeza.

Secara praktiknya, data khalayak boleh tersebar merentasi pelbagai platform digital seperti facebook, instagram, and platform-platform lain. Jika sistem ini tidak diambil kira, seseorang individu boleh muncul sebagai berbilang identiti berbeza.

Keadaan ini boleh memberi kesan kepada kualiti pengalaman pengikut sesebuah parti politik. Mereka mungkin menerima tawaran yang diberikan untuk penyelesaian masa depan mereka, menerima cadangan yang tidak memenuhi keperluan mereka atau terpaksa memberikan semula maklumat yang telah mereka berikan kepada pemimpin.

Bagi sesebuah parti politik, isu ini mungkin kelihatan seperti masalah integrasi data. Walau bagaimanapun, bagi pelanggan, kesannya adalah kerana parti politik banyak bergantung kepada pengalaman yang tidak relevan dan tersasar. Oleh itu, langkah pertama dalam membina relevansi strateginya adalah memastikan tawaran perkhidmatan yang mempunyai pemahaman yang konsisten tentang identiti, sejarah interaksi dan konteks setiap kumpulan pengikut.

Memahami Petunjuk Kumpulan Pengikut yang Bermakna

Kini parti politik yang datang dengan data pengikut sahaja tidak mencukupi. Mereka juga perlu memahami isyarat khalayak , iaitu pelbagai isyarat daripada aktiviti khalayak yang boleh memberikan petunjuk tentang keperluan, minat atau niat kumpulan pengikut mereka.

Tidak semua tingkah laku khalayak yang membawa berat kepentingan yang sama. Satu set tawaran di dalam manifesto, sebagai contohnya, tidak semestinya menunjukkan khalayak bersedia untuk membuat pilihan. Walau bagaimanapun, apabila khalayak membaca butiran bahan kempen, melihat panduan tawaran, membandingkan manifesto parti, menyemak ketersediaan dan menambah kepercayaan mereka, turutan aktiviti ini boleh mempengaruhi niat khalayak yang lebih kukuh.

Oleh itu, isyarat khalayak perlu dianalisis secara kontekstual, bukan hanya berdasarkan kiraan aktiviti. Matlamatnya bukanlah untuk mengumpul sebanyak mungkin data, tetapi untuk mengenal pasti isyarat yang boleh membantu sesebuah parti untuk membuat keputusan tawaran perkhidmatan yang lebih tepat.

Pendekatan ini membolehkan sesebuah parti politik itu beralih daripada perkhidmatan yang hanya berasaskan data kepada perkhidmatan yang lebih tepat berasaskan kelakuan. Data bukan sahaja berfungsi sebagai maklumat, tetapi digunakan untuk menentukan tindakan yang paling relevan untuk para khalayak. Dengan memahami isyarat khalayak secara lebih tepat, parti politik boleh membezakan antara khalayak yang masih dalam peringkat penerokaan dan mereka yang sudah menunjukkan niat pemilihan yang tinggi.

Bertindak pada Masa yang Tepat

Asas ketiga untuk membina relevanannya sesebuah parti politik adalah keupayaan untuk bertindak pada masa yang tepat. Isyarat khalayak yang berhasrat tinggi untuk menjadi pengikut akan kehilangan nilainya jika sesebuah parti politik bertindak balas terlalu lewat dan perlahan. Dalam perkembangan dunia digital hari ini, masa adalah penting untukkan sesuatu tindakan parti politik itu kekal relevan kerana keperluan dan keperluan khalayak hari ini boleh berubah dengan cepat.

Contohnya ialah apabila khalayak bertanyakan tentang kualiti pekerjaan masa hadapan mereka. Jika sesebuah parti politik tersebut tidak berkomunikasi dengan kumpulan sasaran sehingga beberapa hari kemudian, kumpulan sasaran mungkin telah hilang minat, menemui alternatif lain atau membeli idea daripada pesaing parti.

Sebaliknya, tindakan yang diberikan ketika niat masih tinggi sesebuah parti politik itu mempunyai peluang yang lebih besar untuk menarik perhatian khalayak mereka. Oleh itu, sesebuah parti politik di zaman digital ini memerlukan keupayaan untuk mengesan isyarat khalayak, memahami konteksnya, dan kemudian mengambil tindakan dengan cepat.