Lee Je Hoon rai 20 tahun kerjaya seni di Kuala Lumpur

Lee Je Hoon bakal bertemu peminat di Malaysia pada 11 April 2026 (Sabtu), pukul 6 petang di Zepp Kuala Lumpur.

Feature Image (3)

KUALA LUMPUR, 18 Februari 2026 — Pelakon terkenal Korea Selatan, Lee Je Hoon bakal bertemu peminat di Malaysia menerusi acara 2026 LEE JE HOON FANMEETING [Our 20th Moment] in Kuala Lumpur pada 11 April 2026 (Sabtu), pukul 6 petang di Zepp Kuala Lumpur.

Acara ini dianjurkan oleh Shanghai SanYanSiYu Cultural Creativity bersama TopGallant Show, sempena meraikan ulang tahun ke-20 penglibatan Lee Je Hoon dalam industri hiburan. Ia menjadi platform penghargaan kepada peminat serta perkongsian detik bermakna bersama bintang tersebut.

Sejak kebelakangan ini, Lee Je Hoon mencuri tumpuan menerusi drama popular tiga musim Taxi Driver, yang melayakkannya memenangi Anugerah Drama SBS termasuk Grand Prize (Daesang) pada 2023 dan 2025. Beliau juga dikenali menerusi drama ikonik Signal, yang bakal kembali dengan musim kedua.

Dalam dunia perfileman, beliau mula mendapat perhatian melalui Bleak Night sebelum mencatat kejayaan besar menerusi Architecture 101. Antara karya lain yang mendapat sambutan ialah Move to Heaven, Chief Detective 1958 serta filem Escape.

Sepanjang fan meeting ini, peminat berpeluang menikmati pelbagai pengisian menarik termasuk persembahan istimewa, sesi interaksi, tandatangan poster serta sesi fotografi eksklusif untuk peminat terpilih.

Harga Tiket dan Faedah Peminat:

● SVIP – RM888
– Faedah: Sound check, sesi Hi-Touch, poster rasmi dengan digital tandatangan serta
tiket cenderamata eksklusif Kuala Lumpur untuk semua;
– Poster bertandatangan secara langsung + sesi foto 1:1 untuk 30 peminat;
– Sesi foto (1:1) untuk 50 peminat;
– Sesi foto berkumpulan (1:4) untuk 40 peminat;
– Sesi foto berkumpulan (1:8) untuk peminat yang berbaki;
– Polaroid bertandatangan eksklusif untuk 30 peminat;
– Poster bertandatangan untuk 100 peminat.

● VIP BOX – RM4,988 / VIP – RM658
– Faedah: Sound check, sesi Hi-Touch, poster rasmi dengan digital tandatangan serta
tiket cenderamata eksklusif Kuala Lumpur untuk semua;
– Sesi foto 1:1 untuk 15 peminat;
– Sesi foto berkumpulan (1:15) untuk peminat yang berbaki;
– Polaroid bertandatangan eksklusif untuk 15 peminat;
– Poster bertandatangan untuk 30 peminat.

● ZONE A – RM398
– Faedah: Sesi foto berkumpulan (1:25), sesi Hi-Touch, poster rasmi dengan digital
tandatangan serta tiket cenderamata eksklusif Kuala Lumpur untuk semua;
– Polaroid bertandatangan eksklusif untuk 5 peminat;
– Poster bertandatangan untuk 20 peminat.

Tiket boleh didapati menerusi fantopia.io, my.trip.com dan www.ctrip.com bermula 25 Februari
2026 (Rabu), pukul 12 tengah hari.

Ikuti San Yan Si Yu di Instagram (@_sanyansiyu_) dan X (@sanyansiyu29) untuk mendapatkan
kemaskini terkini. Layari www.topgallantshow.com untuk maklumat lanjut.