UiTM Negeri Sembilan tingkat keterlibatan wanita dalam dunia keusahawanan
Keadaan ekonomi yang memerlukan peranan berlipat ganda wanita dalam memajukan kesejahteraan masyarakat selain kerana mereka membantu suami mencari nafkah.
KUALA LUMPUR, 18 Mac 2026 – Menyedari bahawa peranan wanita dalam bidang keusahawanan sebenarnya adalah penting sebagai penyumbang kepada ekonomi keluarga dan komuniti, Fakulti Pengurusan & Perniagaan UiTM Negeri Sembilan mengambil inisiatif untuk melaksanakan kerjasama strategik bersama Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) Negeri Sembilan.
Jalinan kerjasama strategik ini juga adalah untuk memperkasa wanita sebagai agen perubahan sosial dan melahirkan individu yang mampu merealisasikan diri serta mencapai pencapaian ekonomi keluarga. FPP sedar bahawa wanita mempunyai potensi besar dalam keusahawanan melalui sumbangan kepada ekonomi dan penyerapan pekerjaan, di samping menggalakkan inovasi dan pertumbuhan kualiti kehidupan masyarakat. Walau bagaimanapun, mereka juga menghadapi cabaran seperti akses terhad kepada modal dan latihan.
Ketua Pusat Pengajian Fakulti Pengurusan & Perniagaan UiTM Negeri Sembilan, Farrah Othman berpendapat bahawa perubahan perkembangan zaman yang semakin maju menuntut adanya penyertaan wanita dalam keusahawanan bagi pembangunan ekonomi rumah tangga untuk kemajuan bangsa.
Menurut beliau lagi, keadaan ekonomi yang memerlukan peranan berlipat ganda wanita dalam memajukan kesejahteraan masyarakat selain kerana mereka membantu suami mencari nafkah.

Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) Negeri Sembilan, Saravanan Arumugam pula berpendapat bahawa kerjasama strategik ini amat penting memandangkan perniagaan yang dijalankan wanita cenderung berada pada lingkup kehidupan seharian, menggunakan perasaan, pendekatan peribadi, bahkan melakukan aktiviti usaha yang berada dalam setiap waktu mengurus keluarga.
Dengan kerjasama strategik ini, pengurusan perniagaan secara atas talian dapat diperkasakan dan banyak pekerjaan boleh dilakukan dari rumah tanpa perlu cemas meninggalkan anak yang masih kecil.
Faktor ini perlu dipertingkatkan kerana makin banyak wanita yang mula menyedari bahawa menjadi usahawan merupakan cara terbaik untuk membantu ekonomi keluarga, karier dan aspirasi diri. Dengan ini akan wujud wanita lebih terlatih untuk berani mengambil risiko, kecekalan yang tinggi serta berani memulakan usaha tanpa diliputi rasa cemas sekalipun dalam keadaan yang tidak pasti.
Peranan dan Sumbangan Wanita dalam Keusahawanan
Kerjasama ini menyasarkan beberapa objektif utama. Pertama, meningkatkan ekonomi keluarga di mana usahawan wanita boleh menyumbang secara langsung kepada kebajikan keluarga dan meningkatkan pendapatan isi rumah.

Kedua, peningkatan peluang pekerjaan. Perniagaan yang dikendalikan oleh wanita mewujudkan pekerjaan, terutamanya untuk wanita lain di sekeliling mereka.
Ketiga, menjadi agen perubahan. Melalui keusahawanan, wanita boleh menjadi agen perubahan dalam masyarakat, mengubah aktiviti yang tidak produktif kepada aktiviti yang produktif serta memacu inovasi.
Keempat, keusahawanan merupakan satu cara untuk wanita merealisasikan potensi mereka, mencapai kesaksamaan jantina dan mengembangkan kemahiran.
Akhir sekali, meningkatkan ekonomi. Sumbangan PKS yang diuruskan oleh wanita kepada KDNK negara sebenarnya menunjukkan peranan strategik wanita dalam ekonomi negara.
Semoga kerjasama strategik ini dapat direalisasikan dan menjadi kenyataan.
