Tujuh dekad cipta inovasi pergigian, Straumann lakar pencapaian penting di Malaysia

KUALA LUMPUR, 28 Ogos 2024 – Straumann, jenama terkemuka Straumann Group yang juga merupakan salah satu pengeluar implan terbesar di dunia mengumumkan kejayaan mereka selama 70 tahun mencipta inovasi.

Terkenal sebagai perintis kemajuan dalam bidang pergigian, Straumann berjaya mengukuhkan kedudukan mereka sebagai jenama implantologi ikonik dalam kalangan komuniti pergigian.

Inovasi Straumann di Malaysia diiktiraf dan diterima oleh profesional serta institusi pergigian tempatan.

Ulang tahun kali ini mencerminkan pencapaian di masa lalu serta komitmen mereka terhadap masa depan kemajuan penjagaan pergigian Malaysia serta global.

VIDA LAU

“Di Straumann, komitmen kami melangkaui penawaran penyelesaian pergigian termaju.

“Pada tahun 2023, kami tetap fokus pada inovasi yang berterusan dan menyesuaikan diri bagi memenuhi keperluan pelanggan kami yang akhirnya dapat mengubah kehidupan serta meningkatkan senyuman.

“Kami berbangga kerana berjaya meningkatkan tahap kesihatan oral dan kualiti kehidupan 5.6 juta orang di seluruh dunia.

“Di Malaysia, kami menyasarkan untuk meningkatkan standard penjagaan pergigian, menyokong profesional pergigian tempatan dan memastikan bahawa semua orang mendapat akses kepada penjagaan berkualiti tinggi.

“Komitmen ini mendorong kami untuk terus meningkatkan tahap penjagaan pergigian sebaik mungkin serta mengembalikan senyuman dan keyakinan kepada rakyat Malaysia,” kata Pengarah Komersial Asia Tenggara Straumann Group, Vida Lau.

Straumann memainkan peranan penting dalam usaha mentransformasikan penjagaan pergigian, dipacu oleh komitmennya terhadap standard pembuatan dan kejuruteraan Swiss serta budaya penyelidikan, inovasi dan pendidikan yang mantap.

Pencapaian jenama ini dalam implantologi pergigian, sains material dan permukaan, pergigian digital, dan penyelesaian regeneratif menyerlahkan keazaman yang tidak berbelah bahagi dalam mencapai kecemerlangan untuk memberikan akses penjagaan oral yang lebih baik di seluruh dunia.

Menurut kajian yang dijalankan baru-baru ini, hampir 40 peratus rakyat Malaysia menderita akibat masalah pergigian yang tidak dirawat, di mana ia menjejaskan keseluruhan kesihatan dan kualiti hidup mereka [Oral Health Malaysia 2022 country profile published by World Health Organization (WHO)].

Selain itu, tahap kesihatan oral yang rendah di Malaysia turut menjejaskan kesejahteraan sosial dan ekonomi individu kerana masalah kesihatan oral berkait dengan kadar pengangguran yang lebih tinggi dan pengurangan produktiviti [National Oral Health Survey of Adults (NOHSA) 2020].

Dengan menumpukan kepada strategi kesihatan pergigian yang komprehensif dan usaha melengkapkan profesional pergigian tempatan dengan latihan dan teknologi termaju, Straumann bertekad untuk mengangkat standard penjagaan di Malaysia dan meningkatkan secara keseluruhan kualiti hidup rakyat di negara ini.

DR. STEPHANIE HO (KIRI) DAN DR. JEANETTE CHUA

Pakar Bedah Oral dan Maksilofasial terkemuka, Dr. Sharifah Tahirah berkata, “Dengan memanfaatkan inovasi termaju dan melaksanakan strategi kesihatan pergigian yang menyeluruh, kita boleh meningkatkan tahap kesihatan oral secara signifikan di seluruh Malaysia.

“Kemajuan ini boleh menangani cabaran utama negara, meningkatkan tahap kecekapan dan keberkesanan penyampaian penjagaan pergigian, dan akhirnya memberi manfaat kepada kesihatan oral Malaysia.”

Sejak diasaskan pada tahun 1954 hinggalah pembangunan teknologi canggih dalam bidang implantologi dan pergigian digital, sejarah Straumann penuh dengan pencapaian signifikan yang telah membentuk industri pergigian.

Kejayaan yang dicatatkan oleh jenama itu dalam bidang penyelidikan dan sains menerusi implantologi dan penubuhan Pasukan Implantologi Antarabangsa (penyedia geran pendidikan dan kajian terkemuka dalam bidang implan pergigian untuk profesional pergigian di seluruh dunia) sehingga IPO dan pengembangannya ke peringkat global sememangnya luar biasa.

Perjalanan ini telah membawa kepada pelbagai inovasi yang ditunjangi oleh kejuruteraan premium Swiss, mempamerkan komitmen mereka untuk terus meningkatkan tahap penjagaan pergigian dan menunjukkan semangat keusahawanan yang tinggi.

“Tumpuan kami terhadap inovasi digital di Malaysia menyasarkan kepada peningkatan ketepatan dan kecekapan rawatan pergigian, sekaligus menangani keperluan masyarakat tempatan dengan lebih berkesan.

“Di Straumann Group, kami menawarkan implan pergigian, penyelesaian regeneratif dan penyelesaian digital lain seperti pelaras ClearCorrect.

“Selain penawaran produk kami, Straumann dengan bangganya menyediakan perkhidmatan hujung-ke-hujung yang menyeluruh dan sokongan selepas jualan yang mantap untuk memastikan pelanggan anda pulang dengan senyuman.

“Untuk profesional pergigian, penyelesaian latihan dan platform menyeluruh kami di Straumann Campus Live direka khusus bagi menyediakan pendidikan dan sokongan yang diperlukan untuk meningkatkan skala komuniti pergigian dengan teknologi terkini.

“Sumbernya yang pelbagai boleh diakses secara digital, tanpa mengira sempadan geografi menerusi bengkel amali dan kerjasama dengan universiti terkemuka di dunia,” tambah Vida Lau.

DR. BRYAN PAULOSE

Impak Straumann yang signifikan terhadap implantologi, prostetik, pergigian digital dan regenerasi telah mengukuhkan kedudukan mereka sebagai pilihan utama dalam pergigian premium.

Libat urus dengan profesional pergigian, institusi akademik dan arena klinikal menunjukkan komitmen syarikat ini dalam usaha mereka memahami dan memenuhi keperluan komuniti pergigian dan pesakit yang sentiasa berubah di tengah-tengah kepesatan transformasi digital pergigian.

Untuk inovasi yang seterusnya, Straumann menumpukan kepada penyelesaian, perkhidmatan dan sistem yang bersepadu dan terbuka, semuanya bertujuan untuk meningkatkan pengalaman para pengamal dan pesakit, dengan memberikan penekanan kepada kualiti produk, kecemerlangan sains dan klinikal yang dibantu oleh pengupayaan teknologi.

Sebagai anggota penting Straumann Group, Straumann turut berkongsi visi global yang sama iaitu untuk meningkatkan kesihatan oral, di samping berusaha menjadi syarikat penjagaan oral paling berinovatif dan berteraskan pelanggan.

Cita-cita ini disokong oleh penyelidikan yang mantap, bukti saintifik, dan komitmen terhadap inisiatif pendidikan.