Matrix Connexion perkenal Analitik Data berpandukan AI

KUALA LUMPUR, 25 April 2024 – Matrix Connexion (MatrixC) memperkenalkan ‘Stax’, perkhidmatan Analitik Data dan Gudang sebagai Perkhidmatan yang diperkemas kini berpandukan AI (AI-driven Data Analytics and Warehouse as a Service) yang telah diperkemaskan.

Dibina berasas Google Gemini, perkhidmatan ini merevolusikan cara syarikat-syarikat bersaiz sederhana dan perniagaan korporat mengakses dan menggunakan analisis data dan AI, menjadikannya lebih berpatutan dan selamat untuk pelanggan mereka memulakan pengurusan data mereka.

Dibezakan dengan kemampuannya dan kemudahan integrasi, tawaran terkini MatrixC mendemokrasikan analitik data untuk spektrum perniagaan yang lebih luas.

Platform ini sesuai untuk syarikat bersaiz sederhana hingga besar dan boleh diubahsuai mengikut keperluan mereka, serta dengan mudah diperluaskan apabila keperluan mereka bertambah.

Perkhidmatan ini direka untuk syarikat yang ingin meningkatkan usaha dalam membuat keputusan strategik melalui pengurusan data yang cekap.

Dengan mengurangkan kerumitan operasi data, ia membolehkan syarikat memberi lebih tumpuan kepada aktiviti utama pertumbuhan dan mengurangkan pengendalian teknikal data.

Salah satu kelebihan utama perkhidmatan yang dijana oleh AI ini ialah keupayaannya untuk memperkemas dan mempercepatkan pemprosesan data.

Syarikat boleh menjangkakan lebih penjimatan masa dengan fungsi analisis data automatik, yang membawa kepada cerapan yang lebih pantas dan kecekapan operasi yang lebih baik.

“Kerjasama berterusan kami dengan Google Cloud adalah penting untuk menawarkan perkhidmatan yang menggabungkan teknologi tercanggih AI di samping menyediakan penyelesaian data yang selamat, komprehensif dan mudah diakses,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MatrixC, Sean Tay.

Matrix Connexion kekal komited untuk meningkatman dan menginovasi perkhidmatan data mereka secara konsisten.

Kerjasama ini memastikan pelanggan menerima penyelesaian teknologi terkini, maju dan selamat.

MatrixC kekal berdedikasi demi penambahbaikan dan inovasi berterusan dalam perkhidmatan data untuk memenuhi permintaan pasaran global yang sentiasa berubah-ubah.

Pelanggan boleh menantikan kemas kini terkini dan ciri terbaharu yang memastikan mereka sentiasa berada di hadapan dalam teknologi data.

MatrixC terkenal dengan penyelesaian transformasi digitalnya yang inovatif.

Kami menjemput media, pihak berkepentingan dan bakal pelanggan untuk mengetahui bagaimana cara perkhidmatan Analitik Data dan Gudang sebagai Perkhidmatan berpandukan AI boleh mengubah operasi perniagaan mereka.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.matrixc.com.