KPM siasat lelaki warga asing rasmi program sukan sekolah

IPOH, 27 Jun 2025 – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menyiasat berhubung video tular seorang lelaki warga asing merasmikan program sukan di sebuah sekolah rendah di daerah Kerian.
Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, isu tersebut dalam pengetahuannya dan siasatan lanjut akan dijalankan.
“Kita dalam siasatan (kes tersebut),” katanya ringkas ketika ditemui pada sambutan Majlis Sambutan Maal Hijrah Negeri Perak Darul Ridzuan 1447H di sini pada Khamis.
Terdahulu tular video media sosial yang memaparkan seorang lelaki dipercayai warga Pakistan merasmikan program rasmi sekolah di Semanggol dekat Bagan Serai.
Video berdurasi tiga minit itu mendakwa lelaki tersebut bukanlah penaja mahupun ibu bapa bagi program tersebut. – SINAR HARIAN