Signature rai ulang tahun ke-31 dengan Pameran Koleksi Anggun Heritage

Kempen menampilkan Kingsdown BedMatch™, Product Experience Zone, Selebriti Jenama, Diana Danielle, Kerjasama Strategik dan Sambutan di Seluruh Negara.

Feature Image

KUALA LUMPUR, 9 Oktober 2025 – Signature, penyedia solusi kediaman dan gaya hidup menyeluruh terkemuka negara melancarkan Kempen Ulang Tahun Ke-31 di Signature Flagship Store, Kota Damansara baru-baru ini.

Sambutan bersejarah itu diserikan dengan pengenalan Koleksi Anggun Heritage, pengenalan Diana Danielle sebagai Selebriti Jenama serta pelancaran Signature Product Experience Zone (PEZ), Zon Pengalaman Produk Kediaman dan Gaya Hidup pertama di Malaysia, sebuah hab interaktif yang direka untuk mentakrifkan semula gaya hidup moden.

Turut diperkenalkan adalah sistem diagnostik tilam BedMatch™ oleh Kingsdown, jalinan kerjasama strategik bersama RHB Bank serta kalender promosi, pelbagai acara serta siri jelajah di seluruh negara sepanjang Oktober dan November.

Meraikan Warisan dan Kemodenan Buatan Tempatan

Fokus utama kempen itu ialah Koleksi Anggun Heritage, satu konsep yang dibangunkan dengan bangganya di Malaysia dan diinspirasikan oleh seni tempatan.

Menggabungkan tradisi dengan gaya hidup kontemporari, koleksi itu menampilkan elemen reka bentuk budaya seperti lengkungan, jubin bermotif, sentuhan bertekstur rotan, cermin serta palet warna hijau abu-abu dan hijau sage yang menenangkan.

Sentuhan nostalgia ini dilengkapkan dengan inovasi moden termasuk sistem storan pintar dan teknologi lif ergonomik.

“Tidak seperti rekaan dalaman lain yang berinspirasikan warisan, Koleksi Anggun Heritage memperhalusi dan mentafsir semula tradisi untuk disesuaikan dengan gaya hidup masa kini.

“Lebih penting lagi, koleksi ini melambangkan perjalanan 31 tahun kami dalam inovasi reka bentuk dan produk, satu perjalanan yang terus menghargai identiti budaya kita sambil membentuk masa depan kediaman rakyat Malaysia.

“Pencapaian ini mencerminkan visi kami untuk mewujudkan ruang yang menggabungkan warisan, kemodenan dan aspirasi secara harmoni untuk dinikmati generasi akan datang,” Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Signature International Berhad, KS Lau.

Diana Danielle Menyuntik Sentuhan Elegan sebagai Selebriti Jenama

Menambah seri dan pesona kepada Koleksi Anggun Heritage, Signature mengalu-alukan Diana Danielle sebagai Selebriti Jenama.

Terkenal dengan keanggunan serta lambang identiti moden Malaysia, beliau menyerlahkan kehalusan dan kebanggaan budaya yang menjadi inti pati koleksi ini.

“Koleksi ini menjadi peringatan bahawa budaya kita boleh terus hidup dalam ruang moden sambil mencerminkan siapa diri kita pada hari ini.

“Koleksi Anggun Heritage membuktikan bahawa tradisi tidak perlu diketepikan, sebaliknya boleh ditafsir semula dengan indah untuk menjadikan kediaman kita lebih bermakna, abadi dan terus terhubung dengan identiti Malaysia,” kata Diana Danielle.

Product Experience Zone (PEZ) Kediaman & Gaya Hidup Pertama di Malaysia

Satu lagi tarikan utama ialah pembukaan Product Experience Zone (PEZ) Signature, hab gaya hidup kediaman dan perabot interaktif pertama di Malaysia.

Di sini, pemilik rumah dan pereka bentuk boleh meneroka dapur, almari pakaian, palet material serta sistem storan pintar dalam suasana interaktif.

Lebih daripada sekadar ruang pameran, PEZ juga berfungsi sebagai pusat latihan, hab pengetahuan dan ruang kolaborasi, menjadikan pengalaman membeli-belah lebih bermakna melalui penerokaan dan penemuan.

Ruang imersif dan interaktif ini turut menghimpunkan material serta kelengkapan premium daripada rakan global Signature yang dipercayai termasuk Sesa, Interprint, Blum, Hafele, Kessebohmer, Atlas Plan dan DuPont yang digabungkan secara teliti dalam rekaan Signature untuk memberi inspirasi serta memberi suasana kediaman moden yang lebih bermakna.

“PEZ bukan sekadar galeri rekaan, ia adalah tempat bertemunya inspirasi, pendidikan dan kolaborasi. Sebagai hab gaya hidup dan kediaman interaktif pertama di Malaysia, ia melambangkan 31 tahun inovasi produk Signature serta komitmen kami untuk mentransformasikan cara pemilik rumah dan pereka bentuk merasai ruang dalaman.

“Dengan pencapaian ini, kami melangkaui sekadar mempamerkan produk kepada mencipta pengalaman imersif yang mencetus idea, memberi pilihan, dan menetapkan penanda aras baharu untuk industri,” kata KS Lau.

Kingsdown BedMatch™ – Apabila Sains Bertemu Warisan

Melengkapi kempen ini, Signature memperkenalkan sistem BedMatch™ daripada Kingsdown. Hasil kajian 15 tahun dan lebih 18 juta profil tubuh, proses diagnostik yang dipatenkan ini mencadangkan tilam peribadi dalam hanya beberapa minit.

Ditawarkan secara eksklusif di Flagship Store dan di seluruh bilik pameran Signature, BedMatch™ dipadankan dengan Siri Flora di bawah koleksi Anggun Heritage, yang menggabungkan budaya dengan teknologi tidur terkini.

Kerjasama Strategik dengan RHB Bank

Signature telah bekerjasama dengan RHB Bank untuk menjadikan gaya hidup premium lebih mudah dicapai, menggabungkan tawaran reka bentuk rumah eksklusif dengan penyelesaian pembiayaan yang disesuaikan.

Menerusi kerjasama ini, pelanggan boleh menikmati diskaun eksklusif dan pembiayaan rumah serta renovasi secara pakej, mewujudkan perjalanan yang lancar daripada membeli hartanah hingga mereka bentuk rumah idaman.

Pinjaman/Pembiayaan Renovasi Rumah RHB Full Flexi menawarkan pembiayaan sehingga 90 peratus daripada nilai hartanah, ditambah peruntukan tambahan sehingga 30 peratus untuk kerja-kerja pengubahsuaian.

Ini menjadikan jumlah pembiayaan sehingga 120 peratus daripada nilai hartanah. Pinjaman ini ditawarkan dengan tempoh bayaran balik sehingga 35 tahun, memberikan pemilik rumah fleksibiliti kewangan yang lebih besar untuk menaik taraf, melabur dan memperindah kediaman mereka.

Pemegang kad RHB juga layak menikmati diskaun tambahan 5 peratus sepanjang Kempen Ulang Tahun Ke-31 untuk kabinet bina dalam atau perabot rumah Signature yang ditempah khas, dengan perbelanjaan minimum RM10,000.

Sambutan Ulang Tahun di Seluruh Negara

Sebagai sebahagian daripada sambutan Ulang Tahun Ke-31, rakyat Malaysia boleh menantikan pelbagai aktiviti yang akan berlangsung di seluruh negara.

1. Jualan Seluruh Negara Signature (17 Oktober hingga 30 November 2025): Promosi eksklusif di semua bilik pameran.

2. Sebagai tambahan, bagi menghargai sokongan pelanggan sepanjang 31 tahun, Signature memperkenalkan FlexiPromo Plus, memberikan pemilik rumah lebih banyak kebebasan berbanding sebelum ini. Bagi setiap perbelanjaan sebanyak RM10,000 untuk kabinet bina dalam Signature, pelanggan boleh menikmati keistimewaan eksklusif untuk dipilih daripada koleksi kediaman dan gaya hidup kami, termasuk peralatan dapur, sofa, set makan, tilam, dan banyak lagi.

3. Acara Eksklusif:
– Pameran Peribadi bersama RHB Bank (18 Oktober 2025): Jemputan khas untuk pelanggan pinjaman perumahan.
– Program Thrive bersama Joey Yap (28 hingga 30 November 2025): Jemputan khas untuk golongan profesional berpendapatan tinggi.

4. Pameran Pop-Up: HOMEDec KLCC (6 hingga 9 November 2025) dan HOMEs Sunway Pyramid (21 hingga 23 November 2025).

5. Jualan Gudang Signature (13 hingga 16 November 2025): Menampilkan jenama kediaman dan gaya hidup terkemuka di Flagship Store, Kota Damansara.

6. Bagi mendekatkan lagi sambutan kepada komuniti setempat, Crownlivin akan mempamerkan perabot premium dan koleksi gaya hidupnya melalui siri jelajah di lokasi utama sekitar Pulau Pinang dan Lembah Klang pada bulan Oktober dan November ini. Dianjurkan bersempena ekspo kediaman dan pameran gaya hidup utama, Pameran Crownlivin akan berlangsung dari 3 Oktober hingga 23 November, memberi peluang kepada pengunjung untuk merasai sendiri rekaan terkini dan kehalusan pertukangan yang ditawarkan.

Rakyat Malaysia dijemput untuk merasai keseluruhan kempen ini dengan mengunjungi bilik pameran Signature Malaysia yang terdekat atau menyertai pelbagai acara di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.signature.my atau ikuti Signature Malaysia di Facebook, Instagram, TikTok (@signaturemalaysia), dan Xiaohongshu (@signaturemy).