Adakah kita menggunakan media sosial dengan bijak?

Tanpa literasi digital yang mencukupi, media sosial boleh menjadi ruang yang terdedah kepada konflik dan maklumat salah.

Poster Terkini

MEDIA sosial telah menjadi sebahagian rutin yang tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan moden. Hampir setiap aktiviti hari ini melibatkan platform digital, daripada berkomunikasi dan mencari maklumat hinggalah menjalankan perniagaan termasuklah ketika musim panas pilihan raya ini.

Namun, di sebalik kemudahan yang ditawarkannya, adakah kita menggunakannya dengan bijak atau adakah kita menjadi mangsanya?

Rakyat Malaysia pasti akan memperingati media sosial sebagai satu saluran kempen menjelang beberapa pilihan raya negeri ketika ini. Perkara ini adalah satu momentum yang harus dilihat menjadi peringatan tentang kepentingan literasi digital dan etika media sosial.

Idea untuk menghangatkan musim pilihan raya kali ini adalah kerana majoriti orang muda yang terlibat atau pengundi kali pertama bergantung harap kepada media sosial untuk mendapatkan maklumat. Peningkatan ini juga tercetus daripada pemerhatian terhadap peningkatan penggunaan media sosial di Malaysia, yang telah memberi impak positif dan negatif.

Di satu pihak, ia membuka peluang yang besar untuk komunikasi, pendidikan dan pembangunan perniagaan. Walau bagaimanapun, di pihak yang lain, ia juga menimbulkan pelbagai masalah seperti penyebaran berita palsu, ucapan kebencian akibat etika digital yang lemah.

Fahami 3 komponen utama pemasaran media sosial: mendengar, berinteraksi dan menukar.

Langkah pertama dalam membangunkan strategi media sosial adalah memantau atau “mendengar” perbualan di media sosial tentang sesuatu perkara, produk dan perkhidmatan yang anda tawarkan. Berbekalkan maklumat yang dikumpulkan semasa pemantauan ini, mereka boleh menggalakkan khalayak mereka untuk mengambil langkah seterusnya: berinteraksi dengan mereka.

Untuk membina interaksi yang berkualiti dengan khalayak, sesebuah parti politik itu perlu mengetahui apa yang menarik minat mereka dan apa yang mereka ingin baca. Kandungan perlu digubah dengan baik, menggunakan penceritaan, audio dan visual yang menarik untuk menjadikannya menyeronokkan untuk dibaca dan mudah menyampaikan mesej dengan berkesan.

Seterusnya, komponen terakhir yang sama pentingnya ialah penukaran. Sebaik-baiknya, usaha komunikasi media sosial seharusnya menyokong matlamat sesebuah parti politik, iaitu menjual idea perkhidmatan. Oleh itu, mereka perlu memastikan bahawa kandungan yang mereka cipta bukan sahaja menarik tetapi juga memberi inspirasi kepada tindakan selanjutnya, sama ada dalam bentuk lawatan ke laman web atau khalayak sasaran dan yang paling penting, mempengaruhi bakal pengundi untuk membuat keputusan.

Pilih saluran media sosial yang sesuai untuk sasaran matlamat.

Setelah memahami tiga komponen pemasaran media sosial di atas, langkah seterusnya adalah memilih saluran media sosial yang sejajar dengan profil khalayak parti politik. Mereka tidak perlu membuat akaun dan melaburkan usaha pemasaran pada setiap saluran media sosial yang tersedia; sebaliknya, parti politik boleh memilih secara strategik.

Untuk memilih saluran media sosial yang hendak digunakan, mereka boleh bertanya kepada diri sendiri soalan-soalan berikut: Adakah khalayak sasaran parti mereka menyertai saluran ini? Bagaimanakah parti politik akan menggunakan saluran ini? Adakah ia untuk mendengar, berinteraksi atau bertukar pandangan? Apakah jenis kandungan yang digunakan oleh pengguna di saluran tersebut dan bagaimana mereka menggunakannya?

Cipta kandungan berkualiti tinggi yang sesuai dengan cita rasa dan minat khalayak sasaran.

Selepas memilih saluran yang hendak digunakan, langkah seterusnya adalah mencipta kandungan yang berkualiti tinggi. Semasa mencipta kandungan, adalah penting untuk memahami perspektif khalayak mereka bagi memastikan ia relevan dan menggalakkan interaksi dan tindakan selanjutnya.

Memastikan sumber manusia yang berkualiti dalam bidang komunikasi digital dan penciptaan kandungan.
Untuk membangunkan dan melaksanakan strategi pemasaran media sosial dengan berkesan, sumber manusia dengan set kemahiran yang sangat spesifik diperlukan lagi-lagi didalam bidang politik. Secara amnya, sebagai pimpinan parti politik, terdapat dua cara untuk memenuhi keperluan sumber manusia ini, dengan memperkasakan pekerja tetap atau mengupah pekerja sambilan hanya dalam musim pilihanraya.

Pada masa kini, semakin banyak parti politik memilih untuk menggunakan perkhidmatan bebas kerana ia membolehkan mereka merekrut pekerja yang mempunyai kemahiran dan pengalaman tinggi dengan skim kerja yang lebih fleksibel mengikut keperluan parti mereka.

Media sosial telah menjadi ruang awam yang baharu dan sangat berpengaruh. Banyak parti politik di luar negara menggunakannya untuk pemasaran digital yang lebih cekap dan untuk mencapai pasaran yang lebih luas dan segera. Sementara itu, terdapat juga orang awam menggunakannya sebagai cara ekspresi diri dan interaksi sosial.

Walau bagaimanapun, tanpa literasi digital yang mencukupi, media sosial boleh menjadi ruang yang terdedah kepada konflik dan maklumat salah. Ini menjadi kebimbangan pelbagai pihak, termasuk institusi pendidikan dan kerajaan seperti Kementerian Pendidikan, Kebudayaan, Penyelidikan dan Teknologi Komunikasi Malaysia, yang terus menggalakkan pengukuhan pendidikan literasi digital dalam komuniti.