Taylor’s University membentuk pemimpin masa depan

Taylor’s University Pelopori Program Falsafah, Politik dan Ekonomi Pertama Malaysia.

Poster Terkini (2)

SUBANG JAYA, 6 Mac 2025 – Taylor’s University melancarkan Sarjana Muda Falsafah, Politik & Ekonomi (PPE) (Kepujian) yang pertama di Malaysia, menjadikan ia penanda aras baharu bagi pendidikan interdisiplin.

Ijazah sarjana muda tiga tahun ini bertujuan mewujudkan generasi pemimpin dan pemikir baharu yang bersedia untuk menangani cabaran global serta transformasi industri.

Merapatkan Jurang Kemahiran Kritikal

Forum Ekonomi Dunia (2023-2027) melaporkan bahawa 50 peratus syarikat mengutamakan pemikiran kritis, kemahiran analitikal dan kepimpinan, namun kebanyakan majikan sukar untuk mendapatkan siswazah dengan kemahiran-kemahiran berkenaan.

Program PPE Taylor’s dirangka untuk menutup jurang ini dengan menggabungkan kecemerlangan akademik dengan aplikasi dunia sebenar.

Pelajar akan menangani isu-isu mendesak dalam tadbir urus, kestabilan ekonomi, kemampanan, dasar global dan keadilan sosial untuk memberi mereka asas yang kukuh serta praktikal dalam menangani cabaran-cabaran sosio-politik dan ekonomi yang kompleks.

“Dalam dunia dinamik hari ini, pengkhususan dalam pelbagai bidang menawarkan daya saing yang kompetitif.

“Satu daripada cabaran terbesar yang kami dengar daripada pemimpin industri adalah kebanyakan siswazah tidak ‘bersedia untuk dunia pekerjaan’ kerana kurangnya pemikiran kritis dan pendekatan pelbagai perspektif yang diperlukan untuk menangani pelbagai isu global yang kompleks, termasuk isu-isu polisi awam di tempat kerja.

“Menyedari hal ini, kami telah merangka program PPE kami dengan menggabungkan kecemerlangan akademik dengan penglibatan industri, melengkapkan pelajar dengan kemahiran analitikal, pandangan strategik dan pertimbangan beretika yang diperlukan untuk memacu kemajuan dalam dunia yang sentiasa berubah,” kata Profesor Dr. Ong Kian Ming.

Rangkaian Industri yang Kukuh untuk Pembelajaran Dunia Sebenar

Kekuatan utama program PPE Taylor’s adalah melalui Panel Penasihat Industri (IAP), yang diterajui oleh Profesor Dr Ong Kian Ming, Pro Naib Canselor bagi Penglibatan Luar di Taylor’s University, yang juga bekas Ahli Parlimen dua penggal dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

IAP terdiri daripada penggubal polisi, ahli ekonomi, pemimpin korporat dan ahli akademik terkenal, termasuk Khairy Jamaluddin, Tony Pua, Profesor Farish Noor, Dr Tricia Yeoh, Dr Lee Hwok-Aun, Shahril Hamdan.

Antara lain, yang menawarkan bimbingan, kerjasama penyelidikan, ceramah jemputan dan penglibatan industri eksklusif untuk menghubungkan teori dengan aplikasi praktikal.

Pengarah Program PPE, Dr Deboshree Ghosh berkata peranan penting kerjasama industri dalam membentuk kerelevanan dan impak program ini.

“Pembeza utama program PPE kami adalah jalinan industri yang kukuh. IAP memainkan peranan penting dalam memastikan siswazah mendapat pandangan daripada pemimpin pemikir terkemuka dalam politik, perniagaan dan tadbir urus.

“Pengalaman mereka yang tidak ternilai melengkapi perjalanan pembelajaran berstruktur program ini bagi memastikan siswazah kami dilengkapi dengan kemahiran membuat keputusan strategik dan penyelesaian masalah, bagi mempersiapkan mereka untuk terus cemerlang dalam laluan kerjaya dalam pelbagai industri,” katanya.

Permintaan terhadap Siswazah PPE di Dunia Hari Ini

Majlis pelancaran yang berlangsung di Taylor’s Lakeside Campus menampilkan forum bicara eksklusif yang dikendalikan oleh Profesor Dr Ong Kian Ming, dengan ahli-ahli IAP terkemuka termasuk Khairy Jamaluddin, bekas Menteri Kesihatan dan Hos Bersama Keluar Sekejap; Shahril Hamdan, Pengasas & Pengarah Urusan Watchtower Advisory dan Hos Bersama Keluar Sekejap; Dr Tricia Yeoh, Profesor Madya bagi Amalan di Nottingham University, Malaysia dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS); dan Dr Melati Nungsari, Profesor Madya Ekonomi dan Timbalan Dekan Penyelidikan, Pusat Pengajian Perniagaan Asia.

Perbincangan mereka memfokuskan bagaimana pendidikan PPE menangani jurang kemahiran kritikal dalam polisi awal, tadbir urus, ekonomi dan perniagaan, melengkapkan siswazah dengan peranan kepimpinan di Malaysia dan di peringkat seterusnya.

Menggambarkan nilai program PPE, Profesor Farish Noor, seorang cendekiawan dan ahli Panel Penasihat Industri berkata: “Saya berharap program ini dapat melahirkan siswazah yang bukan sahaja memahami isu dan cabaran semasa, tetapi juga mampu melihat politik global dengan pemahaman yang mendalam serta kepekaan terhadap nuansa dan perincian dunia yang semakin kompleks.

“Dunia sentiasa menjadi tempat yang kompleks, tetapi kekompleksan ini memerlukan analisis menyeluruh, iaitu analisis yang saya percaya hanya boleh dilakukan apabila kita mengambil pendekatan pelbagai disiplin dan menggabungkan sains politik, ekonomi dan falsafah.”

Taylor’s University kini membuka permohonan bagi pengambilan April dan September 2025, dengan menawarkan biasiswa 100 peratus bagi yuran tuisyen untuk kedua-dua pengambilan ataupun bursari eksklusif sebanyak 10 peratus untuk kohort pertama pengambilan April.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://bit.ly/TaylorsPhilosophyPoliticsEconomics.