FPP UiTM Kampus Rembau perkukuh ekosistem “RDICES” universiti melalui Program “CEO @ Faculty”
UiTM Kampus Rembau memperkukuh ekosistem penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi melalui Program CEO @ Faculty bersama INSKEN. Kerjasama ini bertujuan merapatkan jurang antara penyelidikan akademik dengan keperluan industri serta membuka peluang pembiayaan dan pengkomersialan hasil penyelidikan.
KUALA LUMPUR, 9 Oktober 2026 – Fakulti pengurusan dan Perniagaan UiTM Kampus Rembau komited memperkukuh ekosistem Penyelidikan, Pembangunan, Pengkomersialan, Inovasi dan Ekonomi (RDICE) melalui perlaksanaan Program CEO @ Faculty.
Melalui program ini, FPP telah mengadakan satu sesi lawatan kunjung hormat ke atas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), Viviantie Sarjuni.
Ekosistem RDICE mewakili satu rangka kerja ekosistem strategik yang digunakan oleh universiti untuk memperkemas penyelidikan akademik kepada hasil ekonomi bernilai tinggi yang dipacu pasaran.
Antara intipati lawatan ini adalah untuk menjalinkan kerjasama dengan INSKEN memandangkan fokus perancangan jangka panjang UiTM adalah menjadikan keusahawanan sebagai landasan utama bagi asas pembentukan kemahiran berfikir para graduan.

Perancang jangka panjang ini adalah merupakan transformasi output akademik kepada nilai pasaran dunia sebenar. Usaha ini juga adalah untuk mencapai ekosistem moden yang dipacu permintaan.
Menurut Timbalan Rektor Akademik UiTM Negeri Sembilan, yang juga menjalankan fungsi Rektor UiTM Cawangan Negeri Sembilan Profesor Madya Ts. Dr. Noorlis Ahmad, institusi pendidikan tinggi mesti beralih daripada pendekatan “penerbitan sahaja” secara tradisional kepada rangka kerja berstruktur yang memberi tumpuan kepada pengkomersilan, penjajaran industri dan pertumbuhan yang mampan melalui program sebegini.
Timbalan Rektor Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni (PJIM&A) bagi Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Negeri Sembilan, Ts. Dr. Aslizah Mohd Aris yang turut hadir dalam program kunjungan tersebut melihat Program “CEO @ Faculty” ini merupakan proses peralihan daripada penyelidikan asas bebas kepada projek yang dibangunkan bersama dengan pemain pasaran.
Menurut beliau ahli akademik dan penyelidik di FPP UiTM Negeri Sembilan seharusnya menggunakan platform ini untuk merapatkan jurang antara penyelidik dan pemodal teroka.

Sementara itu, Viviantie Sarjuni berharap dengan jaringan kerjasama ini universiti dapat mengurangkan kebergantungan sepenuhnya pada geran asas awam kerana industri mensasarkan penyelidikan yang memberdayakan industri dan secara tidak lansung akan menyasarkan untuk terlibat secara aktif dengan pembiayaan R&D korporat, modal teroka baru dan penajaan kerjasama seterusnya memperkasa industri tempatan.
Lawatang kunjung hormat ini juga di sertai oleh Ketua Pusat Pengajian, Koordinator Kursus serta beberapa tenaga akademik dari FPP Kampus Rembau.
