Beberapa anggota tentera Israel mendakwa mereka menerima arahan langsung daripada pegawai atasan untuk menembak rakyat Palestin yang tidak bersenjata ketika menunggu bantuan makanan di Gaza.
GAZA, 28 Jun 2025 – Beberapa anggota tentera Israel mendakwa mereka menerima arahan langsung daripada pegawai atasan untuk menembak rakyat Palestin yang tidak bersenjata ketika menunggu bantuan makanan di Gaza, menurut laporan eksklusif akhbar Haaretz yang mencetuskan kebimbangan global terhadap pelanggaran hak asasi manusia.
Menurut pengakuan beberapa askar dan pegawai tentera kepada Haaretz, mereka diarahkan untuk menembak orang awam yang beratur di pusat agihan bantuan dikendalikan oleh Gaza Humanitarian Foundation (GHF), walaupun mengetahui mereka tidak membawa sebarang ancaman.
Seorang askar menggambarkan lokasi itu sebagai “medan pembunuhan” dan berkata, “tiada gas pemedih mata, tiada kawalan orang ramai – hanya tembakan langsung dengan senjata berat”.
Sekurang-kurangnya 550 rakyat Palestin dilaporkan terbunuh dan lebih 4,000 cedera ketika cuba mendapatkan bantuan sejak akhir Mei.
Tentera dikatakan melepaskan tembakan sebelum dan selepas waktu operasi pusat bantuan, yang hanya dibuka selama satu jam setiap pagi.
Susulan pendedahan ini, unit Peguam Tentera Israel telah mengarahkan siasatan dalaman oleh Mekanisme Penilaian Fakta Staf Umum untuk menyiasat kemungkinan pelanggaran undang-undang peperangan di lokasi bantuan.
Pegawai kanan tentera yang ditemu bual turut mengakui bahawa pendekatan ini “tidak profesional dan tidak berperikemanusiaan,” sambil menegaskan bahawa ramai yang ditembak hanyalah orang awam yang kelaparan dan bukan pejuang bersenjata.
Laporan ini mencetuskan kecaman meluas daripada kumpulan hak asasi manusia, yang menyifatkan tindakan tersebut sebagai penggunaan kebuluran dan keganasan sebagai senjata perang – satu dakwaan yang telah lama dibangkitkan terhadap operasi Israel di Gaza. – AWANI
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager