Berprestasi di tempat kerja, mengejar pangkat atau menunaikan tanggungjawab
Kejayaan kerjaya dan kewangan tidak semestinya membawa kebahagiaan. Tiga prinsip ini membantu pekerja membina kehidupan yang lebih seimbang, bermakna dan bahagia.
RAMAI kumpulan pekerja hari ini memulakan perjalanan pekerjaannya dengan impian mendapatkan kebebasan hidup. Mereka ingin mempunyai lebih banyak waktu bersama keluarga, menikmati pengalaman baharu, berpergian tanpa batasan dan mencapai keadaan kewangan yang membuatkan mereka tidak lagi merasa cemas tentang wang.
Sayangnya, ramai juga kumpulan pekerja yang menganggap pertumbuhan kerjaya dan peningkatan kekayaan adalah jalan utama menuju kebahagiaan. Padahal, kejayaan kewangan hanyalah sebahagian dari kehidupan, bukan jaminan untuk mencapai ketenangan dan kebahagiaan sejati.
Contohnya seorang pekerja yang mempunyai kapasiti yang cemerlang dalam projek-projeknya menjadi bukti bahawa kejayaan luaran tidak selalu mencerminkan kebahagiaan dalaman. Walaupun pencapaiannya berkembang dengan baik, banyak matlamat tercapai dan penghasilannya terus bertambah, ia tetap akan menghadapi kenyataan bahawa dirinya merasa kehilangan arah dan terjebak dalam pencapaian lain dan persoalan apa yang terus ia kejar.
Ketika sudah selesai bekerja pada lewat petang mereka seharusnya mula menikmati waktu bersama keluarga atau menjalani kehidupan peribadi mereka, tetapi masih terjebak dalam fikirannya sendiri, terus memikirkan pekerjaan tanpa henti. Saat ini majikan tidak menyedari dan menilai bahawa kejayaan tidak selalu bermakna mempunyai kehidupan yang lebih baik.
Sejak saat itu, pekerja ini mula mengubah pandangannya tentang erti kejayaan. Baginya, kejayaan bukan hanya tentang pertumbuhan perniagaan dan pencapaian kewangan, tetapi juga tentang mewujudkan kehidupan yang seimbang dan penuh kebahagiaan. Konsep inilah yang kemudiannya ia sebut sebagai gaya hidup bahagia.
Berikut adalah tiga prinsip yang boleh membantu mewujudkan kehidupan yang lebih bahagia dan bermakna bagi pekerja cemerlang.
Cari Perubahan, Bukan Sekadar Pencapaian
Banyak orang mengira bahawa kebahagiaan berasal daripada mencapai sesuatu yang lebih tinggi seperti jawatan lebih besar, perniagaan lebih besar, atau pendapatan lebih tinggi. Namun, manusia mempunyai kecenderungan untuk cepat terbiasa dengan pencapaian baru yang sebelumnya sangat mereka impikan.
Fenomena dalam psikologi dikenali sebagai amalan hedonisme, iaitu apabila seseorang mula menganggap sesuatu yang mula terasa Istimewa sebagai perkara biasa.
Kereta baru, rumah baru, perniagaan yang berkembang, atau peningkatan jumlah kekayaan perlahan kehilangan rasa istimewanya kerana kita mula menganggapnya sebagai bahagian dari kehidupan sehari-hari. Lalu, kita kembali mengejar target dan pencapaian berikutnya dengan harapan akan menemukan kebahagiaan yang lebih besar.
Kita dapat menghadirkan kembali rasa bahagia dengan mengingati perjalanan yang telah dilewati dan mengenali berbagai hal baik yang sudah berubah dalam hidup. Contohnya, seseorang yang pernah berjuang melawan penyakit akan lebih menghargai kesihatan yang dimilikinya pada masa ini. Begitu pula seseorang yang tidak mempunyai waktu untuk dirinya sendiri akan lebih menghargai kebebasan apabila akhirnya mampu mengendalikan kehidupannya. Kebahagiaan sering kali bukan tentang mempunyai lebih banyak, tetapi tentang betapa jauhnya kita telah berkembang dari titik awal perjalanan kita.
Jadilah Kaya dengan Pengertian yang Tepat
Banyak pekerja menghabiskan sebahagian besar hidupnya untuk mengejar kekayaan kewangan, tetapi terlupa bahawa ada bentuk kekayaan lain yang nilainya jauh lebih besar.Wang memang mempunyai peranan penting. Wang dapat memberikan rasa selesa, membuka pelbagai peluang, dan menjadikan hidup lebih mewah. Namun, wang tidak mampu menggantikan hubungan, kasih sayang, dan hubungan bermakna dengan orang-orang terdekat.
Selama puluhan tahun kajian mengenai kebahagiaan manusia mendapati bahawa faktor terbesar yang membuat seseorang mempunyai kehidupan lebih bahagia bukanlah jumlah duit yang dimiliki, melainkan kualiti hubungan dengan orang lain. Hubungan dengan pasangan, keluarga, dan teman dekat adalah pelaburan jangka panjang yang nilainya tidak mudah berkurangan.
Sayangnya, banyak pekerja berprestasi menunda kebahagiaan dengan alasan menunggu waktu yang tepat. Mereka berkata, “Nanti kalau sudah berjaya, saya akan ada masa untuk keluarga,” dan “Nanti kalau pencapaian sudah stabil, saya akan menikmati hidup.”
Namun, sering kali waktu yang mereka tunggu tidak pernah benar-benar datang. Kesibukan terus bertambah, sasaran baharu terus muncul, dan masa berharga bersama orang tercinta perlahan terlepas. Kejayaan sejati bukan hanya tentang berapa banyak wang yang berjaya dikumpulkan, tetapi juga tentang siapa yang masih ada bersama kita ketika kita mencapainya.
Orang yang selalu mengatakan bahawa dunia tidak adil, semua hal buruk, dan tidak ada gunanya. Tapi sebenarnya kehidupan adalah pilihan. Oleh kerana itu, pilihlah persekitaran yang menggalakkan pertumbuhan, memberikan tenaga yang positif, dan membantu kita menjadi peribadi yang lebih baik.
Persekitaran yang tepat bukan hanya membuat kita merasa lebih bahagia, tetapi juga membantu kita berkembang dan mencapai kehidupan yang lebih bermakna.

