Program 3 Bijak bantu UiTM Rembau jenama semula Muzium Rembau sebagai hab komuniti

Program 3 Bijak menggerakkan kerjasama UiTM Rembau, NGO dan komuniti bagi menjadikan Muzium Rembau sebagai hab aktiviti, pendidikan dan pemerkasaan masyarakat.

Feature Image

KUALA LUMPUR, 21 September 2026 – Program 3 Bijak merupakan satu inisiatif pemerkasaan komuniti strategik yang memacu transformasi kolaboratif Muzium Rembau menjadi hab komuniti yang aktif dan pelbagai aktiviti.

Diuruskan terutamanya melalui Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau dengan kerjasama Fakulti Pengurusan dan Perniagaan di UiTM kampus induk Puncak Alam, program ini memanfaatkan pengetahuan akademik dan perkongsian tempatan untuk memanfaatkan daerah Rembau.

Integrasi Kerjasama ini menyokong kejayaan sesebuah muzium sebagai pusat komuniti dan diukur melalui semangat kerjasama yang wujud antara muzium dan orang awamnya.

Muzium ini masih berfungsi sebagai institusi yang berpusatkan komuniti, walaupun nampaknya menghadapi masalah untuk menentukan penjenamaannya semula. Menyedari perkara ini UiTM sebagai sebuah institusi Pendidikan yang bekerja rapat dengan komuniti sekelilingnya telah bekerjasama dengan persatuan masyarakat tempatan iaitu Pertubuhan Wanita Penajeh Rembau, iaitu sebuah badan bukan kerajaan (NGO) tempatan yang aktif berpangkalan di kawasan parlimen Rembau, Negeri Sembilan.

Program penjenamaan semula muzium ini juga di sertai oleh Persatuan Sahabat Prihatin Kota (juga dikenali sebagai Pertubuhan Sahabat prihatin Kota) telah berloborasi bersama pihak Muzium Rembau untuk tujuan penjenamaan semula muzium ini.

Program yang di usahakan sebagai program “Penjenamaan Semula Komuniti” ini mengubah muzium melangkaui sekadar pameran sejarah yang statik untuk menjadikannya ruang awam yang dinamik untuk bengkel, seminar dan rangkaian.Kesedaran dan Literasi Awam manakala Fokus utama rangka kerja 3 Bijak termasuk program berpusatkan komuniti seperti Program 3 Bijak, yang tertumpu pada perlindungan pengguna awam dan literasi keselamatan digital.

Program yang ini akan berlansung untuk dua siri lagi iaitu pada 14 Oktober dan 11 November ini juga menekankan untuk memelihara identiti adat tempatan.Sambil memodenkan peranan muzium, inisiatif ini terus melindungi warisan budaya Negeri Sembilan yang tersendiri, termasuk seni bina Minangkabau, sejarah Undang Luak, dan legasi Raja Melewar.

Kesan Terhadap Komuniti Rembau

Dengan menggabungkan kekuatan, keupayaan akademik UiTM Rembau dan warisan sejarah Muzium Rembau mewujudkan platform yang mampan untuk pertumbuhan sosioekonomi tempatan, penglibatan belia dan inisiatif pendidikan awam yang praktikal.

Program ini juga memberi kesedaran tentang literasi kewangan & kesedaran penipuan aktiviti scammed. Melalui Kerjasama organisasi NGO seperti Pertubuhan Wanita Penajeh Rembau, ini bekerjasama dengan institusi seperti UiTM dan kementerian kerajaan seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup maka usaha untuk menjalankan program komuniti yang tertumpu pada pengurusan kewangan, pendidikan pengguna dan memerangi penipuan telekomunikasi dapat direalisasikan dan membawa peranan baru pada Muzium.

Diwakili oleh tokoh-tokoh seperti Rusmawati, NGO ini secara aktif berusaha untuk menangani rungutan awam, kebimbangan kos sara hidup dan pemerkasaan komuniti tempatan di wilayah Rembau.

Dengan adanya kerjasama daripada berbagai pihak objektif penjenamaan semula Muzium Rembau ini akan berjaya dan tersusun dengan pencapaian yang cemerlang.

Dari segi nilai estetika, di muzium ini tetap dikekalkan dalam program sebegini.Program sebigi akan dipergiatkan dalam mewujudkan dialog antara pelawat, komuniti setempat dan pihak Muzium.