Temui rahsia terbaik anda menerusi penghidratan Silika
Spritzer Malaysia mengungguli kepentingan penghidratan dalam kehidupan moden,
menegaskan komitmen untuk mendukung kesejahteraan, keyakinan, dan kecergasan rakyat Malaysia

SILIQA LED Glass Truck akan singgah ke Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor, dan Melaka bagi jerayawara tersebut.
KUALA LUMPUR, 17 Oktober 2025 – Spritzer Bhd (Spritzer), jenama air mineral semula jadi terkemuka di Malaysia, mempelawa orang ramai untuk meneroka ‘rahsia terbaik anda’ menerusi penghidratan yang kaya dengan silika.
Kempen Siliqa terbaharunya mengetengahkan bagaimana silikon dioksida, juga dikenali sebagai Silika, wira tidak didendang yang terdapat secara semula jadi dalam Air Mineral Semula Jadi Spritzer—menyokong penghasilan kolagen untuk kulit dan sendi yang lebih sihat serta kesejahteraan secara menyeluruh.
Kempen Siliqa oleh Spritzer juga menggalakkan para pengguna untuk mengubah tabiat yang diamalkan oleh mereka tanpa sedar dalam bab penghidratan kepada tindakan yang lebih cakna demi penjagaan dan penambahbaikan diri, dengan memilih air yang tepat untuk diminum setiap hari.
“Di Spritzer, kami percaya bahawa apa yang kita minum akan membentuk penampilan serta apa yang kita rasai, secara dalaman dan luaran.
“Pada masa kini, kebanyakan pengguna cenderung untuk memilih jenama air yang dikenali atau yang mudah ditemui tanpa
menghiraukan tentang manfaatnya. Siliqa ingin mengubah mentaliti ini, khususnya bagaimana penghidratan, satu aspek yang begitu asas dalam kehidupan seharian kita, merupakan antara langkah yang penting bagi kesejahteraan diri dan untuk menjadi versi ‘Terbaik Anda’.
“Disokong dan disahkan oleh pakar sains dan perubatan, air Spritzer mengandungi bilangan silika yang selamat dan mudah diserap secara semula jadi dan bermanfaat untuk kesejahteraan diri anda, sebagai kunci kepada keserian luaran, kecergasan, dan daya tahan diri,” kata Ketua Pemasaran Spritzer, Shiao Chan.
Alami kehebatan Siliqa
Kempen Siliqa mengetengahkan hubungan yang penting antara silika dan kolagen menerusi sebuah filem terbaharu Spritzer yang berjudul ‘Temui Rahsia Terbaik Anda’, dibintangi duta jenama Spritzer Anna Jobling.
Video tersebut mempamerkan manfaat semula jadi penghidratan yang kaya dengan silika yang mempertingkatkan keanjalan dan keserian kulit, fleksibiliti tubuh badan yang lebih lancar serta peningkatan daya tahan diri. Tonton sekarang di laman YouTube dan Instagram rasmi Spritzer.
Untuk mempamerkan kelebihan Siliqa secara lebih dekat kepada para pengguna, Spritzer akan menampilkan filem terbaharu itu di TV, lokasi-lokasi skrin digital awam serta platform dalam talian yang utama.
Kempen ini juga akan disokong oleh titik interaksi pengguna di seluruh negara melalui acara siri jelajah interaktif Trak LED Kaca Siliqa dari 28 Oktober hingga 10 Disember 2025.
Trak tersebut juga akan berada di Lot 10 Premier Terrace, Kuala Lumpur dari 31 Oktober hingga 2 November 2025, dan akan
singgah ke beberapa lokasi lain di Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor dan Melaka sepanjang siri jelajah tersebut.

Squad Plushies edisi terhad sedia untuk
ditebus.
Jadual penuh berserta lokasi disediakan di laman mikro kempen ini. Seperti mana tujuan utama kempen ini untuk mengetengahkan peranan silika dalam menyokong kesihatan kulit, sendi dan tubuh badan secara menyeluruh, siri jelajah interaktif ini juga menampilkan aktiviti menarik berserta pelbagai mainan papan bagi semua peringkat usia.
Para pengunjung juga boleh berkongsi pengalaman mereka di media sosial untuk berpeluang memenangi aneka hadiah eksklusif.
Peminat Spritzer boleh mengambil peluang untuk merebut koleksi edisi terhad bagi empat (4) Siliqa Squad Plushies. Setiap satu patung koleksi ini melambangkan manfaat semula jadi silika iaitu keserian kulit, fleksibiliti sendi, kekuatan tulang dan rambut yang sihat.
Dengan membeli produk Air Mineral Semula Jadi Spritzer bernilai minimum RM15 dari 24 Oktober hingga 21 Disember 2025, para peminat boleh menebus patung gebu tersebut di gelanggang-gelanggang pickleball terpilih di seluruh Lembah Klang (sementara stok masih ada).
Dengan Siliqa, Spritzer sekali lagi membuktikan kedudukannya sebagai perintis dan pilihan para pengguna dalam industri air berbotol di Malaysia—mengungguli penghidratan yang bukan sahaja demi kesegaran semata-mata bahkan membawa manfaat kecantikan dan kesejahteraan yang disokong oleh sains.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Siliqa dan produk-produk Spritzer, sila layari laman web rasminya di www.spritzer.com.my.