BAT Malaysia Serah Kemudahan Tandas Kepada Komuniti Kampung Orang Asli Sayong Pinang

Photo 2

Kuala Lumpur, 8April 2026British American Tobacco (Malaysia) Berhad (“BAT Malaysia”), dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), baru-baru ini telah menyerahkan kemudahan sanitasi yang memberi manfaat kepada 80 penduduk Orang Asli daripada 11 isi rumah di Kampung Orang Asli Sayong Pinang, Johor, sekali gus meningkatkan akses komuniti kepada kemudahan kebers

ihan yang selamat dan lebih selesa.

Berucap pada majlis tersebut, Fairuz Helmi, Pengarah Hal Ehwal Korporat dan Kawal Selia di BAT Malaysia berkata, “Akses kepada kemudahan sanitasi yang sempurna adalah asas kepada kesihatan, maruah dan kualiti hidup. Melalui inisiatif ini, kami berharap dapat menyokong kesejahteraan komuniti Kampung Orang Asli Sayong Pinang sambil menyumbang kepada usaha yang lebih meluas dalam meningkatkan taraf hidup komuniti di kawasan kami beroperasi.”

“Insisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha pengurusan air kami yang le

bih menyeluruh. Ketika negara terus memberi keutamaan kepada pembangunan luar bandar yang inklusif, kami percaya inisiatif seperti ini dapat melengkapi usaha kerajaan dengan menangani keperluan kritikal di lapangan melalui kerjasama dengan komuniti setempat.”

Kerajaan Negeri Johor telah menegaskan semula komitmennya untuk memastikan komuniti Orang Asli tidak ketinggalan ketika negeri ini bergerak ke arah mencapai matlamat pembangunan 2030. Johor kini menempatkan 60 kampung Orang Asli merangkumi lima kumpulan etnik utama.

Sebelum pembinaan kemudahan sanitasi ini, komuniti Kampung Orang Asli Sayong Pinang berdepan kekangan infrastruktur, tangki septik yang sukar diakses serta bekalan air yang terhad, menyebabkan kumpulan sehingga 20 penduduk terpaksa berkongsi satu unit sanitasi.

Berpandukan piawaian Water, Sanitation and Hygiene (WASH) serta Alliance for Water Stewardship (AWS), unit sanitasi baharu ini dibina lengkap dengan sistem paip, saluran bekalan air dan tangki septik yang kini menyediakan akses sanitasi yang lebih selesa dan menjaga sensitiviti.

Bagi menyokong kelestarian jangka panjang, kemudahan ini akan diuruskan melalui model yang diterajui komuniti, di mana penduduk yang dilatih akan memantau penyelenggaraan harian serta menyelaras sokongan teknikal bagi pembaikan besar. Sebuah jawatankuasa pengurusan tempatan turut ditubuhkan bagi memastikan pembersihan dan penyelenggaraan dilaksanakan secara berkala.

“Melalui lawatan tapak dan sesi perundingan, kami bekerjasama rapat dengan komuniti untuk membangunkan kemudahan berdasarkan keperluan dan keutamaan mereka. Akses kepada kemudahan sanitasi yang sempurna sering kali dipandang ringan, dan kami berterima kasih atas sokongan BAT Malaysia dalam meningkatkan kehidupan harian komuniti Orang Asli,” kata Tuan Faisal Bin Long, Pengarah JAKOA Johor.

BAT Malaysia kekal komited dalam memajukan keutamaan ESG syarikat, dengan tumpuan berterusan kepada pengurusan air yang bertanggungjawab serta kesejahteraan komuniti. BAT Malaysia telah diperakui di bawah Alliance for Water Stewardship Standard sejak tahun 2024, yang menjadi panduan kepada organisasi dalam mengurus sumber air secara bertanggungjawab. “Pada masa hadapan, kami akan terus bekerjasama dengan rakan strategik dan komuniti bagi menyampaikan impak yang mampan dan berpanjangan di tempat yang paling memerlukannya,” ujar Fairuz mengakhiri ucapan.