myFirst perkenal kamera cetak dwi-skrin pertama di dunia untuk kanak-kanak

myFirst Malaysia menawarkan myFirst Camera Insta 20 pada harga promosi khas RM299, berbanding harga asal RM459, untuk tempoh terhad sahaja.

Feature Image

KUALA LUMPUR, 13 Mei 2026 – myFirst Malaysia memperkenalkan salah satu produk paling inovatifnya setakat ini menerusi pelancaran myFirst Camera Insta 20, kamera cetak dwi-skrin pertama di dunia yang direka khusus untuk kanak-kanak.

Kini tersedia pada harga promosi khas RM299 (harga asal: RM459) sehingga 31 Mei 2026, produk ini menawarkan peluang kepada keluarga untuk meneroka alternatif hiburan yang lebih kreatif dan interaktif berbanding hiburan berasaskan skrin tradisional, bertepatan dengan musim cuti sekolah yang bakal tiba.

Memandangkan kanak-kanak hari ini semakin banyak meluangkan masa menggunakan telefon pintar, tablet dan peranti permainan, ramai ibu bapa kini mencari cara yang lebih sihat untuk mengimbangi hiburan dengan kreativiti.

myFirst Camera Insta 20 dicipta untuk menghubungkan teknologi dengan aktiviti kreatif secara praktikalbagi membolehkan kanak-kanak merakam detik harian dan menukarkannya serta-merta kepada kenangan fizikal yang boleh disimpan, dihias dan dikongsi.

“Teknologi seharusnya membantu kanak-kanak untuk mencipta, meneroka dan berhubung dengan dunia di sekeliling mereka, bukan sekadar menggunakan kandungan secara pasif.

“Melalui Camera Insta 20, kami mahu menghasilkan produk yang menggabungkan inovasi, kreativiti dan hubungan kekeluargaan dalam satu pengalaman yang mudah dan menyeronokkan untuk kanak-kanak,” kata Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas myFirst, G-Jay Yong.

Kamera Pertama di Dunia untuk Pencipta Muda

Direka khas untuk pengguna muda, myFirst Camera Insta 20 menampilkan reka bentuk dwi-skrin pertama di dunia yang membolehkan kanak-kanak bertukar dengan mudah antara mengambil swafoto dan merakam detik di sekeliling mereka secara lebih bebas.

Paparan hadapan PixTure OLED turut menambahkan elemen keseronokan menerusi emoji interaktif, pemasa kira detik dan animasi piksel yang menjadikan pengalaman fotografi lebih menarik.

Sama ada ketika percutian keluarga, sambutan hari jadi, aktiviti sekolah atau percutian hujung minggu, kanak-kanak boleh mencetak gambar kegemaran mereka dalam tempoh seawal tujuh saat menggunakan teknologi cetakan terma tanpa dakwat tanpa memerlukan kartrij dakwat atau kos isi semula tambahan.

Lebih Daripada Sekadar Kamera

Selain fungsi cetakan segera, myFirst Camera Insta 20 turut dilengkapi pelbagai ciri yang direka untuk menjadikan pengalaman kreatif lebih menyeronokkan dan mudah.

Lensa yang dipertingkatkan membolehkan kanak-kanak mengambil gambar beresolusi tinggi 16MP serta merakam video 1080p, membantu mereka merakam detik harian dengan lebih jelas.

Bagi menjadikan setiap kenangan lebih peribadi, kamera ini turut hadir dengan bingkai gambar dan penapis terbina dalam yang membolehkan kanak-kanak menyesuaikan gambar mereka secara serta-merta tanpa memerlukan aplikasi tambahan.

Peranti ini juga dilengkapi teknologi Smart Idle yang membantu menjimatkan bateri apabila tidak digunakan, sekali gus membolehkan tempoh penggunaan lebih lama ketika percutian keluarga.

Direka dengan ciri praktikal, Camera Insta 20 turut mempunyai penutup pelindung boleh tanggal yang memudahkan penggantian kertas cetakan terma sambil membantu melindungi peranti daripada habuk dan percikan air.

Diperbuat daripada bahan bebas BPA dan direka sesuai untuk tangan kecil kanak-kanak, setiap kotak turut didatangkan dengan tiga gulung kertas cetakan terma, tali leher serta pelekat aksesori yang membolehkan keluarga mula mencipta kenangan sebaik sahaja membuka kotak.

Menjadikan Teknologi Mesra Keluarga Lebih Mampu Dimiliki

Bagi menjadikan produk ini lebih mudah diakses oleh keluarga di Malaysia, myFirst Malaysia menawarkan myFirst Camera Insta 20 pada harga promosi khas RM299, berbanding harga asal RM459, untuk tempoh terhad sahaja.

Dengan cuti sekolah yang semakin hampir, jenama ini berharap dapat menggalakkan lebih banyak masa berkualiti tanpa skrin bersama keluarga sambil memberi peluang kepada kanak-kanak meneroka dunia fotografi dan penceritaan secara kreatif.

myFirst Camera Insta 20 kini boleh didapati melalui laman web rasmi myFirst Malaysia serta platform dalam talian terpilih.