Merdekakan diri daripada pengaruh politik dangkal melalui ilmu

Etos, pathos dan logos adalah kaedah mempengaruhi yang digunakan untuk meyakinkan dan menarik perhatian khalayak.

Poster Terkini

SEMASA dua pilihan raya negeri yang telah berlansung, di Johor dan Negeri Sembilan ramai penganalisa politik yang membangkitkan istilah politik identiti yang dikatakan memainkan sentiment emosi pengundi. Jika kita sorot teori kemahiran bertutur secara persuasive, ia merupakan kemahiran yang boleh kita rujuk sepanjang hidup kita.

Tidak kira lah untuk berkempen atau sama ada anda menjual produk atau ditemu bual. Kira-kira 2,300 tahun yang lalu, Aristotle telah mengutarakan komponen yang diperlukan untuk bertutur secara persuasif. Ia dirujuk sebagai tiga tonggak persuasif – etos, pathos dan logos. Disini saya ketengahkan semula dan membincangkan cara menggunakan tiga tonggak tersebut untuk berucap di khalayak ramai.

Apakah itu etos, pathos dan logos?

Etos, pathos dan logos adalah kaedah mempengaruhi yang digunakan untuk meyakinkan dan menarik perhatian khalayak. Sebenarnya semua penceramah politik memerlukan kualiti ini agar khalayak mereka menerima mesej yang ingin disampaikan dengan baik.

Maksud Etos atau Daya Tarikan Etika

Ethos ialah perkataan Yunani yang bermaksud “watak” dan “etika” pula berasal daripada perkataan ethos. Etos terdiri daripada cara meyakinkan khalayak bahawa pempengaruh politik mempunyai keperibadian yang baik dan boleh dipercayai, justeru kata-kata mereka boleh dipercayai. Etos mesti diwujudkan dari awal ceramah pempengaruh politik atau audiens tidak akan menerima apa yang mereka katakan.

Malah, etos sering diwujudkan sebelum ceramah pempengaruh, contohnya, mereka mungkin memegang jawatan yang sesuai dalam kerajaan atau parti yang sampaikan pembentangan jadi penyampai sudah dianggap sebagai pakar.

Tidak semua ciri perlu ada untuk membangunkan etos yang tinggi sama bagi setiap bidang, contohnya, seorang pensyarah universiti yang bercakap dengan pelajarnya kemungkinan besar dianggap boleh dipercayai kerana pensyarah tersebut diketahui memberikan maklumat yang betul kerana terkenal di industry yang beliau wakili, jadi dia mempunyai kuasa mempengaruhi ke atas mereka yang berumur 18-21 tahun disebabkan oleh sumber ceramahnya adalah dekat dengan industri yang beliau wakili.

Namun ini tidak serupa dengan semua pelajarnya yang kemudian. Dia telah bekerja dalam bidang ini selama 30 tahun dan di universiti selama 5 tahun (kepakaran) dan telah banyak menyumbang kepada bidang ini melalui beberapa kajian dan kertas kerja berikutnya (reputasi).

Jika perkara ini beliau hentikan penlibatannya mungkin daya mempengaruhnya akan berkurangan dan tidak cukup kuat untuk khalayak yakini dengan apa yang dia katakan. Maka ini adalah amat penting bagi seseorang pensyarah university sentiasa terus berada dalam perkembangan industry yang mereka wakili.

Pathos – Daya Tarikan Emosi

Pathos ialah perkataan Yunani yang bermaksud penderitaan dan pengalaman. Empati, simpati dan emosi berasal daripada pathos.

Pathos bermaksud memujuk dengan menarik emosi khalayak. Sebagai pempengaruh politik, penceramah pastinya mahu khalayak merasai emosi yang sama seperti yang mereka rasakan tentang sesuatu. Pempengaruh politik mahu berhubung secara emosi dengan mereka dan mempengaruhi mereka. Jika penceramah politik ini mempunyai pathos yang rendah, khalayak mungkin akan cuba mencari kelemahan dalam hujah penceramah dan ini yang banyak berlaku dalam ceramah-ceramah semasa pilihan raya negeri baru-baru ini.

Meningkatkan pathos

Pilih faktor dan topik emosi, contohnya “Luahkan kebimbangan sosial mereka”. Ini akan mencetuskan emosi yang lebih kuat daripada “Belajar cara bercakap dalam kumpulan”.

Gunakan analogi dan contoh yang mengaitkan idea pempengaruh politik dengan sesuatu yang pendengar mereka sudah maklum, sudah tahu dan rasa kuat boleh ini mencetuskan tindak balas emosi. Contohnya, “Ia teruk” berbanding dengan “Ia beracun.” Ini akan menggunakan pengetahuan penonton bahawa racun itu buruk dan oleh itu isu ini perlu ditangani.

Logos, Daya Tarikan Logik

Perkataan “logik” berasal daripada perkataan logos.

Logos bermaksud menarik perhatian logik dengan bergantung pada kecerdasan khalayak dan menawarkan bukti untuk menyokong hujah mereka. Logos juga membantu mengukuhkan etos kerana maklumat tersebut membuatkan pempengaruh politik kelihatan berpengetahuan.

Mengapa logos penting?

Pada asasnya, hujah-hujah logik yang masuk akal tidak mudah ditolak. Jadi bagaimana seseorang pempengaruh politik boleh memperbaiki logos?

Jadilah komprehensif, pastikan hujah dan pandangan mereka mudah difahami. Bersikap logik ,pastikan hujah pempengaruh politik masuk akal dan dakwaan serta bukti mereka jelas. Mempunyai rancangan untuk menangani pandangan bertentangan yang mungkin sudah dipercayai oleh pendengar mereka.

Berhujahlah dengan perkara yang spesifik. Tumpukan hujah berdasarkan dakwaan pada fakta dan contoh kerana hujah yang tepat akan diterima lebih cepat daripada sesuatu yang tidak specific dan tidak konkrit. Lebih mudah bukti diterima, lebih mudah kesimpulan akan diterima.