Meningkatkan nilai melalui LinkedIn untuk pekerjaan profesional
![Poster Terkini](https://i0.wp.com/malayanewsroom.com/wp-content/uploads/2025/01/Poster-Terkini-14-png.webp?fit=1024%2C724&ssl=1)
PROFIL LinkedIn merupakan halaman profesional untuk mengurus jenama peribadi seseorang pekerja.
Halaman ini mempamerkan pengalaman dan pencapaian seseorang individu, menambah sentuhan unik melangkaui resume.
Menggunakan ciri LinkedIn boleh membantu pemburu kerja terutama graduan mencapai matlamat dan mencari peluang baharu.
Profil LinkedIn yang lengkap boleh membantu graduan mencipta peluang.
LinkedIn, juga mula dilihat sebagai sebuah rangkaian sosial untuk para tenaga profesional,
Halaman ini banyak menjadi kunci rahsia untuk profesional yang sedang mencari pekerjaan baharu pada tahun 2025.
Untuk mendapatkan pekerjaan baharu tahun ini, mereka memerlukan lebih daripada sekadar riwayat hidup (CV) yang berkualiti dan berkaitan pengalaman kerja.
Seseorang pekerja yang sedang mencari pekerjaan baharu mestilah berkesan dalam menghantar permohonan kerja.
Sebabnya, persaingan pekerjaan di Malaysia semakin sengit kerana berdasarkan tinjauan, ramai pekerja di Malaysia sedang mencari pekerjaan baharu pada tahun ini untuk memperbaiki taraf kehidupan.
LinkedIn boleh menjadi platform yang berkesan untuk membina penjenamaan peribadi, terutamanya untuk profesional yang ingin meningkatkan kredibiliti, mengembangkan rangkaian mereka atau memperoleh peluang kerjaya.
Bagaimanapun, mengekalkan konsistensi sering menjadi cabaran.
Mengekalkan konsistensi di LinkedIn membolehkan individu diiktiraf sebagai seseorang yang berpengaruh dan bernilai dalam bidang mereka.
Ini bukan sahaja mengukuhkan penjenamaan peribadi, tetapi juga membuka pelbagai peluang, daripada kerjaya kepada kerjasama profesional.
Dengan strategi yang betul, individu boleh aktif dan relevan di LinkedIn tanpa rasa ragu-ragu.
Menurut sebuah majalah digital Forbes, berikut ialah tiga cara individu boleh membangunkan jenama peribadi yang kukuh:
Tentukan Jadual Muat Naik
Konsistensi adalah elemen utama dalam membina penjenamaan peribadi.
Menetapkan jadual muat naik biasa membantu khalayak mengenali kehadiran individu dan memberikan tanggapan bahawa mereka adalah seseorang yang boleh mereka harapkan.
Jika muat naik harian terasa berat, individu boleh mulakan dengan jadual seminggu sekali atau dua minggu sekali.
Memandangkan kekerapan ini dikekalkan dalam jangka panjang, lebih mudah untuk individu membina hubungan dengan khalayak mereka dan mengekalkan kaitan kandungan yang ingin dikongsi.
Cipta Kandungan Berkaitan dengan Kepakaran
Kandungan ialah teras penjenamaan peribadi yang kukuh.
Apabila individu berkongsi sesuatu yang berkaitan dengan kepakaran mereka, khalayak akan melihat individu sebagai sumber maklumat yang boleh dipercayai dan pakar bidang.
Seterusnya, pilih jenis kandungan yang sesuai dengan gaya dan kepakaran, seperti artikel, video atau maklumat grafik yang mudah difahami.
Kandungan yang relevan dan tulen bukan sahaja akan menarik perhatian khalayak tetapi juga membantu mereka membina imej sebagai pakar dalam bidang tertentu.
Manfaatkan Platform Lain untuk Jangkauan Lebih Luas
LinkedIn sememangnya platform utama untuk membina penjenamaan peribadi professional tetapi individu juga boleh meluaskan jangkauan mereka dengan menggunakan platform lain, seperti Instagram, YouTube atau TikTok.
Jika khalayak mereka lebih aktif pada platform tersebut, pertimbangkan untuk berkongsi kandungan yang sama dalam format yang sesuai dengan setiap platform.
Dengan cara itu, mereka boleh menjangkau lebih ramai orang tanpa perlu membuat bahan baharu setiap kali.
Fokus Pada Pekerjaan Yang Betul
Untuk menonjol, profesional mesti fokus pada satu pekerjaan.
Ini kemudian digabungkan dengan menggunakan ciri padanan kerja baharu di LinkedIn untuk memahami dengan cepat cara kemahiran dan kelayakan anda sepadan dengan pembukaan kerja.
Ciri ini membantu individu mengenal pasti jawatan dan kebolehan yang paling sesuai yang perlu dipertingkatkan dengan lebih mudah.
Cari Peluang Baharu
Untuk mencari peluang pekerjaan baharu dengan lebih pantas, pengguna LinkedIn boleh menyemak imbas pelbagai kedudukan trend di Jobs on the Rise daripada LinkedIn.
Kemudian kaji cerapan yang tersedia mengenai ciri ini supaya individu boleh menyesuaikannya dengan keperluan syarikat.
Dengan melaksanakan langkah mudah di atas, mereka boleh membina jenama peribadi yang tulen, relevan dan berkesan di LinkedIn tanpa rasa ragu. Berminat untuk mencubanya?
Sekal pun jumlah kejayaaan permohonan sebanyak mungkin tidak berkadar langsung dengan peluang mendapat pekerjaan baharu, iika mereka terus melakukan ini, ia sebenarnya boleh menjadi faktor untuk anda dikenali khalayak dan menjadikannya lebih mudah untuk mendapatkan pekerjaan impian.
Di tengah-tengah pasaran kerja yang kompetitif, pencari kerja sering ingin memohon sebanyak mungkin untuk setiap jawatan yang ada, dengan harapan peluang mereka untuk mendapatkan pekerjaan akan lebih besar.
Namun, menghantar terlalu banyak permohonan yang tidak terancang tidak akan berhasil dan boleh membuat mereka kecewa apabila mendapat respon yang minimum.
—
Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi MALAYA NEWSROOM.