Strategi komunikasi terancang, tingkat mutu penjenamaan organisasi
Penjenamaan sesebuah organisasi itu sebenarnya melangkaui logo dan slogan, ia merangkumi nilai, misi dan objektif sesebuah organisasi itu wujud.

DALAM landskap perkembangan yang dinamik hari ini, penjenamaan sesebuah oraganisasi yang berkesan adalah penting untuk mewujudkan kepercayaan, meningkatkan penglibatan awam dan menyampaikan misi dan nilai kewujudan mereka.
Masyarakat mengharapkan ketelusan, kejelasan dan kebolehcapaian daripada perkhidmatan sesebuah organisasi yang mereka berurusan tetapi bagaimanakah imej sebuah organisasi yang sering dianggap sebagai birokratik dan tidak peribadi, bersaing dengan imej licik sektor swasta yang hanya mementingkan keuntungan?
Penjenamaan sesebuah organisasi itu sebenarnya melangkaui logo dan slogan, ia merangkumi nilai, misi dan objektif sesebuah organisasi itu wujud.
Penjenamaan yang berkesan boleh membantu identiti sesebuah syarikat atau organisasi itu menonjol, membina kepercayaan dan memupuk semangat setia pengguna kepada sesebuah syarikat mahupun jenama.
Membina Kepercayaan
Walaupun mewujudkan jenama yang boleh dipercayai adalah sangat penting untuk sesebuah organisasi tetapi proses memenuhi janji yang ditabur melalui sesuatu jenama itu lebih penting sebenarnya, agar sesuatu jenama itu tidak dikatakan dipenuhi retorik semata. Ada pepatah inggeris yang mengatakan, Momentum Demands Movement.
Jenama yang kukuh sebenarnya mampu menyampaikan nilai, misi dan komitmen mereka untuk untuk faedah yang mereka tawarkan kepada khalayak ramai.
Melalui pemesejan, ketelusan yang konsisten, kualiti perkhidmatan yang cemerlang sesebuah organisasi atau jenama itu boleh mencipta imej yang boleh dipercayai yang menggalakkan keyakinan orang ramai. Ketelusan ini membina kepercayaan dan memupuk hubungan positif dengan khalayak ramai.
Meningkatkan Penglibatan Khalayak
Organisasi atau syarikat yang berjenama baik boleh meningkatkan penglibatan khalayak dengan ketara dengan menjadikan maklumat lebih mudah diakses dan berkaitan dengan pengguna.
Jenama yang jelas dan menarik sememangnya memudahkan khalayak memahami perkhidmatan dan inisiatif mereka. Ini menggalakkan penyertaan dalam program dan memupuk semangat kesetiaan dalam kalangan pengguna. Ini membawa kepada kadar penyertaan yang lebih tinggi dalam pembelian dan kadar penggunaan.
Pembezaan Organisasi
Dalam dunia industri yang semakin tepu dengan maklumat, menonjolkan imej organisasi melalui proses komunikari terancang adalah kunci utama kejayaan.
Jenama yang jelas dapat membezakan sesebuah organisasi daripada organisasi lain dan membantu khalayak mengenali kepakaran khusus sesuatu syarikat atau organisasi.
Penjenamaan yang berkesan membantu membezakan satu organisasi daripada yang lain dan ini memudahkan khalayak mengenal pasti, yakin dan melibatkan diri dengan perkhidmatan yang mereka perlukan.
Konsisten dan Jelas
Konsisten dalam masej yang ingin disampaikan merentas semua platform memastikan orang ramai menerima maklumat yang sama dan membangunkan pemahaman bersatu tentang matlamat dan nilai sesebuah organisasi.
Konsisten juga antara slogan dan perbuatan akan membina kepercayaan terhadap sesuatu konsep penjenamaan, maka keadaan di mana janji tidak ditepi tidak akan berlaku.
Maka slogan yang digunakan perlu selari dengan kualiti perkhidmatan dan barangan sesesebuah syarikat mahupun perkhidmatan sesebuah organisasi. Slogan dan penyampaian dilihat perlu bekerja seiring untuk menentukan nilai teras dan misi sesebuah organisasi itu.
Strategi penjenamaan yang berkesan menambah baik cara atau kaedah sesebuah organisasi itu berkomunikasi dengan orang ramai, menjadikannya lebih mudah untuk menyebarkan maklumat penting dan menerima maklum balas.
Kepercayaan khalayak adalah penting untuk penyampaian perkhidmatan dan barangan yang menepati kualiti yang diperlukan khalayak. Namun, organisasi sering bergelut untuk bersaing dengan pemesejan yang jelas dan komunikasi yang menarik oleh syarikat atau organisasi pesaing. Jurang ini boleh dirapatkan dengan kepakaran penjenamaan.
Sesuatu jenama yang padu memastikan semua bahan komunikasi adalah konsisten, memudahkan khalayak memahami dan mempercayai maklumat yang diberikan. Saluran komunikasi yang jelas dan laman web mesra pengguna memastikan maklumat sampai kepada khalayak yang betul, memudahkan akses kepada perkhidmatan yang ingin di sampaikan.
Ketelusan ialah merupakan asas penjenamaan organisasi yang berkesan. Komunikasi yang jelas dan jujur membina kepercayaan dan akhirnya akan menggalakkan penyertaan khalayak dalam inisiatif sesebuah organisasi.
Penjenamaan yang konsisten memupuk kepercayaan dengan mempamerkan nilai dan misi organisasi dengan cara yang jelas dan terbuka. Ini membina persepsi positif terhadap perkhidmatan sesebuah organisasi.
Menyediakan latihan dan sumber untuk kakitangan sesebuah organisasi mengenai strategi penjenamaan dan komunikasi yang berkesan memastikan kualiti semua ahli di dalam organisasi sejajar dengan nilai dan matlamat jenama agensi.
Latihan dan pembangunan khusus untuk kakitangan akan melengkapkan mereka dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk menyampaikan penjenamaan organisasi dengan berkesan dan melibatkan diri dengan orang ramai di platform digital, termasuk media sosial.
—
Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi MALAYA NEWSROOM.