Canon melancarkan memperkasa perniagaan Malaysia dalam Era AI

Forum Think Big Klang Valley Series 2025 menekankan bagaimana Malaysia boleh mengautomasi, mengoptimum dan berinovasi menuju ekonomi digital masa hadapan.

Feature Image

KUALA LUMPUR, 18 November 2025 – Canon Marketing Malaysia (Canon) menutup tirai Think Big Klang Valley Series 2025 dengan jayanya di Sheraton Petaling Jaya, menghimpunkan para pemimpin industri, penggubal dasar dan penginovasi bagi meneroka bagaimana teknologi pintar mampu memacu produktiviti, ketahanan, dan pertumbuhan mampan dalam ekonomi Malaysia yang mengutamakan digital.

Bertemakan Future-Ready Malaysia: Innovation, Resilience, Growth, siri ini merupakan penutup kepada rangkaian acara Think Big 2025 di seluruh negara, selepas edisi terdahulu di Johor Bahru, Pulau Pinang dan Putrajaya.

Menteri Digital Malaysia, Gobind Singh Deo menyampaikan ucaptama bertajuk Future Ready Malaysia, Unlocking ASEAN’s AI Advantages yang mengukuhkan komitmen kerajaan untuk mempercepat agenda transformasi digital dan inovasi negara.

Forum ini turut menampilkan sesi fireside dan perbincangan panel di mana para pemimpin berkongsi pengetahuan tentang bagaimana perniagaan boleh mengautomasi proses, mengoptimum prestasi dan berinovasi secara mampan dalam era AI serta transformasi digital.

Antara penceramah jemputan ialah Pengerusi Bukan Eksekutif MIMOS Berhad, Dr. Jasmine Begum dan Ketua Ahli Ekonomi Kumpulan Affin Bank, Alan Tan yang membincangkan kesediaan Malaysia menghadapi masa hadapan yang dikuasakan oleh AI serta strategi untuk membina ketahanan jangka panjang bagi perniagaan.

“Seiring perjalanan transformasi digital Malaysia, Canon komited untuk membantu organisasi pelbagai saiz mencapai kecekapan baharu melalui AI, automasi dan penyelesaian berasaskan awan.

“Menerusi Think Big, kami ingin memperkasa perniagaan dengan alat dan pandangan yang tepat untuk berfikir lebih besar, berinovasi lebih pantas, dan mencipta impak yang mampan dalam ekonomi yang pantas berubah,” kata Presiden & CEO Canon Marketing Malaysia, Masato Yoshiie.

Ketua Pusat Penyelesaian Pengimejan Perniagaan, Canon Marketing Malaysia, Vincent Low pula berkata: “Kepimpinan Malaysia dalam inovasi AI dan awan mencerminkan komitmen nasional ke arah masa depan digital.

“Di Canon, kami berbangga menjadi rakan teknologi kepada perniagaan, menyediakan penyelesaian pintar dan boleh diskala bagi memudahkan aliran kerja, meningkatkan kecekapan dan mempersiapkan operasi untuk menghadapi masa hadapan.”

Sebagai pelengkap kepada sesi kepimpinan, Canon turut mempamerkan rangkaian penyelesaian perniagaan pintar terbaharu yang direka untuk meningkatkan automasi aliran kerja, keselamatan data dan prestasi operasi.

Antara sorotan utama ialah pelancaran siri imageFORCE, peranti pelbagai fungsi (MFD) generasi baharu Canon yang menampilkan penyelenggaraan pintar berasaskan AI, tangkapan data pintar serta analitik ramalan untuk memastikan masa kendali yang maksimum dan kecekapan operasi.

Dibangunkan berasaskan empat tonggak utama Canon iaitu Keselamatan, Kebolehpercayaan, Ketersambungan dan Kelestarian, siri imageFORCE membantu perniagaan beroperasi dengan lebih pintar dan bertanggungjawab. Peranti ini juga menyokong integrasi awan dan keselamatan lanjutan yang memastikan kolaborasi lancar dalam persekitaran kerja hibrid.

Kesemua inovasi ini mengukuhkan lagi komitmen Canon dalam menyokong agenda pendigitalan Malaysia, membantu perusahaan mengadaptasi teknologi pintar, selamat dan boleh diskala untuk memacu pertumbuhan dan ketahanan.

Seiring pergerakan pantas Malaysia ke arah masa hadapan yang mengutamakan digital, Think Big Klang Valley Series 2025 mengesahkan peranan Canon sebagai rakan strategik kepada perniagaan tempatan, memperkasa mereka untuk berinovasi, menyesuaikan diri dan berkembang pesat melalui teknologi dan kolaborasi.

Think Big Leadership Business Series, sebuah inisiatif oleh Canon, direka untuk menginspirasi dan memperkasa pemimpin perniagaan dengan strategi berwawasan dan pandangan yang praktikal.

Dilancarkan buat pertama kalinya di Singapura pada 2010, platform ini membantu organisasi menyelusuri landskap perniagaan yang berubah pesat dengan mendemonstrasikan bagaimana inovasi dan teknologi boleh memacu pertumbuhan yang mampan.