EMTOP, MR. D.I.Y adakan jualan istimewa sehingga 31 Julai ini

KUALA LUMPUR, 26 Jun 2024 – EMTOP, sebuah jenama yang diiktiraf di peringkat global dan boleh didapati di 80 negara yang diperkenalkan ke Malaysia oleh Kumpulan MR D.I.Y. mengadakan tawaran istimewa dari 15 Jun hingga 31 Julai ini.

Sama ada anda penggemar DIY atau pakar pertukangan, ini adalah waktu yang paling sesuai untuk menambah koleksi kit alatan perkakas anda dengan empat jualan besar EMTOP – Jualan Mega Alatan Automotif, Jualan Hebat Alatan Ubah Suai, Jualan Jimat Perkakas Keperluan, dan Jualan Hebat Alatan Berkebun.

Ini adalah masanya untuk anda membaiki kereta, mengubah suai rumah dan memperindah taman anda dengan EMTOP.

Jualan Mega Alatan Automotif menawarkan alat-alat asas penyelenggaraan kenderaan manakala Jualan Hebat Alatan Ubah Suai menawarkan pelbagai alat-alat pembaikan rumah.

Jualan Jimat Perkakas Keperluan menyediakan tawaran hebat untuk alat-alat dan aksesori yang perlu ada dan Jualan Hebat Alatan Berkebun mempunyai segala yang anda perlukan untuk membina taman yang indah.

Dengan diskaun sehingga 50 peratus untuk lebih daripada 130 produk, kunjungi kedai-kedai EMTOP untuk menikmati penjimatan yang hebat ini dan siapkan projek anda dengan alat-alat berkualiti tinggi pada harga yang tiada tandingan.

Bukan itu saja, pelanggan yang membelanjakan RM100 ke atas untuk produk-produk tertentu di EMTOP juga akan mendapat baju hujan percuma.

Selain itu, peruncit ini juga sedang mengadakan ‘Jualan Hebat Pertengahan Tahun’, dengan diskaun 50 peratus untuk produk-produk jenama tersebut sepanjang bulan Jun.

Antara tawaran menarik dalam ‘Jualan Hebat Pertengahan Tahun’ ini adalah peniup udara litium-ion yang kini dijual pada harga RM230 (Harga Biasa: RM460), pistol haba pada harga RM85 (Harga Biasa: RM170), gerudi impak pada harga RM105 (Harga Biasa: RM210), dan perengkuh impak litium-ion pada harga RM415 (Harga Biasa: RM830).

Pelanggan juga boleh mendapatkan pelbagai alatan perkakas pada harga diskaun termasuk alatan kuasa, aksesori, peralatan, alatan udara, alatan berkebun, alatan kegunaan tangan, alat pengukur dan pam air.

Untuk melihat senarai penuh produk-produk yang ditawarkan diskaun, layari https://www.emtop.com/my/more-info.